CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 28, 2011

[ advance entry :) ]

advanced entry utk hari kelahiran esk a.k.a hari tumbesaran *makin besar da ko ek jah* :) angka pada umur makin b'tambah lagi buat sekian kali nya.Seperti tahun-tahun yang lepas, pada aku hari ulangtahun kelahiran adalah sama seperti hari yang biasa aku lalui. Tiada bezanya walaupun umur aku kian meningkat.

Dalam hidup ini aku hanya pernah beberapa kali sahaja dapat merasai ‘hari penting’ ini apabila ia disambut sederhana dengan kek serta diberikan hadiah oleh keluarga. Tapi waktu aku kecil la, dah besar-besar macam ni dah xde. Tak apa, yg penting ada org ingat pn da kira b'syukur *itupn kalau ada yg ingat la kn*, kalau xde ko duk senyap-senyap je ok :p.

apa-apa pn nk buat ucapan sikit sempena hari kebesaran :)
  • terima kasih ALLAH kerana masih memanjangkan usia ku untuk hidup d'atas bumi ini...dan aku berharap agar dgn pertambahan usia ini agar lebih mematangkan diri aku untuk menjadi manusia yang lebih baik dan sempurna di masa akan datang...
  • terima kasih untuk UMI yg melahirkan aku ke dunia ni, tak lupa juga kepada ABAH yang siang malam bekerja keras untuk membesarkan aku dan adik-beradik yang lain.
  • terima kasih untuk my siblings, ANGAH, ALANG, ANIP, INTAN, HAZIM, HUSNI, HAZIQ & BABY coz sabar melayan perangai xmatang akak sulung korang nie.
  • to MUHAMMAD FAYYADH NADHMI, kamu merupakan anugerah terindah dr ALLAH.
  • Kepada para sahabat, saudara-mara dan kawan-kawan sejak aku pra sekolah hinggalah kini, terima kasih kerana sudi menceriakan hidup aku selama ini. Terima kasih kerana sudi hidup susah senang dengan aku. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku dan melayan karenah aku.

Thursday, December 22, 2011

let bygones be bygones..


kata org jangan d'ingat lagi perkara yg lepas * let bygones be bygones* tp sebenarnya itu semua tidak semudah yang d'sangka.

malam td dpt kol dr 1 of my bff masa belajar dulu, dr suara dia da tau dia ngah sedih n mcm biasa aku adalah salah sorang pendengar yg setia n merangkap caunselor xbertauliah untuk kengkawan seangkatan walau pn diri sendiri xbermotivasi :) sebenarnya mmg dapat agak dr awl lagi knp si dia bersedih. ini semua kerana kisah percintaan nya yg agak tragis suatu ketika dahulu & yg paling ironi nya kisah kami ada persamaan.

antara bait-bait perbualan d'telefon yg xberapa nk mahal ::
me :: ko kenapa?? nie mesti sbb en.no name tu kn?
kawan :: ha ah..
me :: aku da agak da..ko tgk gambar dia kt fb ek?
kawan :: ha ah..aku tgk gambar dia & anak dia kt fb..
me :: sape suruh ko gatal tgn..da banyak kali ckp jgn kn.
kawan :: aku bkn jeles tp sedih dgn diri sendiri sbb dia da bahagia dgn family dia but aku still mcm nie.
me :: aku paham apa yg ko rasa.

Berkenalan dengan orang lain, bersahabat dengan orang lain, berkawan dengan orang lain, bercinta dengan orang lain,akhirnya berkahwin dengan orang lain’. itulah yg terjadi pada kami. Tp kisah my bff lagi tragis coz d'org da berkawan dlm jangka masa yg lama b'tahun-tahun lamanya. Sudah merancang untuk bersama ke akhirnya tp semua itu tidak terjadi seperti yg d'rancang. Kadangkala, aku sendiri rasa takut untuk membuat keputusan hidup. Bimbang lain yang dibuat lain yang jadinya.

Oleh kerana jodoh ini adalah urusan ALLAH, maka manusia disuruh agar berusaha terlebih dahulu kemudian menerima segala percaturan yang telah ditetapkan. Mungkin pada masa kita menerima ketentuan itu agak sukar untuk kita menerima hakikat yang ada, sebaliknya kita mungkin akan menyedari selepas kita beroleh manfaat daripada takdir tersebut.
Firman ALLAH dalam Surah AL-Imran:
‘Boleh jadi kamu tidak suka akan sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu, boleh jadi kamu suka akan sesuatu sedangkan ia tidak baik bagi kamu. Dan ALLAH lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui’

Mmg kita tidak akan sangka dgn apa yg ALLAH S.W.T tentukan untuk kita, tp percayalah semua ketentuan ALLAH itu ada kebaikan & rahsia nya tersendiri.

“pergi sini, orang bicara tentang kahwin. Pergi sana, tentang kahwin lagi. Kawan-kawan baik kebanyakan nya semua sudah bertunang & berkahwin. Peer pressure!” Jujur. Walaupun penuh emosi, namun hanya luahan perasaan tanpa kesesalan.


Tuesday, December 20, 2011

hanya kawan??

BOLEHKAH LELAKI & PEREMPUAN MENJADI "KAWAN"?


Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada diantara mereka sesuai dijadikan kawan. Apabila kita bercakap tentang apa pn problem kita pada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Mesti korang pn ada kawan lelaki mcm tu kn *cpt ngaku btl x?* :)

Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah faham ok ;). Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.

Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? ini agak rumit ok. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya.Kelakar, tetapi aku sendiri x dapat menjelaskannya.

Thursday, December 8, 2011

rasa itu...


rasa puas, gembira, berbaloi-baloi & banyak lg la rasa bila dpt m'gunakan duit dr hasil titik peluh sendiri utk membeli barang keperluan sendiri & membayar bil o hutang2 yg tertunggak :) b4 nie kalau nak apa-apa mintak je kt en.abah & en.abah akan sedaya upaya utk memberikan yg terbaik. baru la terasa mcm mana susah nya bekerja n utk mencari duit *lepas nie sila berjimat-cermat jgn boros* & rasa pergorbanan en.abah n pn.umi melaburkan duit mereka utk membesarkan kami adk beradik sangat la besarnya...*i luv u both so muccchhhh*

Tuesday, December 6, 2011

[ombak rindu..]

akhirnya dpt jgk p tgk movie ombak rindu w'pn agak lewat sikit, x tenang rasa nya selagi xdpt tgk :). kt fb, twitter o blog sume ckp sal cite tu je.. lg pn mmg da baca novel dia dulu masa zaman sekolah, cerita nya mmg sngt terbaik, sambungan dia CINTA TIADA AKHIRNYA & RINDU CINTAKU pn aku da baca. al-maklum la dulu masa sekolah kaki novel, sekarang pn sama. sebenarnya xletak high expectation pn ngan movie nie coz takut jd macam cite nur kasih, excited je nk tgk tp rupanya tdk seperti yg d'sangka.. untuk ombak rindu mmg xd'sangka-sangka, mmg best & meruntun jiwa wanita saya :)

[redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah]

sinopsis ombak rindu ::

Friday, December 2, 2011

sensitif ke aku??


JANGAN mudah melenting atau cepat melatah andai wanita yang anda kenali sebagai seorang yang sabar atau periang boleh berubah emosinya secara tiba-tiba. Perubahan ini mungkin menyebabkan mereka menjadi seorang yang begitu sensitif, mudah marah, cepat tersinggung atau sebagainya.Tidak kira siapa pun wanita terbabit sama ada ibu, kakak, adik, isteri, teman wanita, bahkan yang bergelar nenek sekalipun boleh mengalami perubahan emosi seumpama ini.Hakikatnya ialah bukan mudah menjadi seorang wanita. Namun, inilah yang harus dilalui oleh wanita dalam meniti setiap fasa kehidupan mereka.

Bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas, terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yang harus dilalui oleh seseorang wanita.

Pakar perunding obstetrik dan ginekologi di sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, perubahan ini biasanya tidak disedari oleh ramai wanita.Sebaliknya, ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan wanita terutama pasangan mereka.Menurut beliau, salah satu aspek yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian besar wanita, mahupun mereka yang berada di sekelilingnya, ialah emosi seseorang wanita.

``Ini kerana emosi dan perasaan seseorang wanita banyak dipengaruhi
oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.

``Bagaimanapun, para penyelidik masih dalam kajian mencari punca mengapa wanita begitu mudah terdedah pada perubahan emosi,'' katanya.


Dr. Suraya memberitahu, emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon tubuh mereka.Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormon estrogen dan progesteron.

Thursday, December 1, 2011

december again...

december kembali lagi..that's mean suda ujung taun n xlama lg suda mau msk taun baru..t'rasa begitu pantas masa berlalu..taun dpn umur pn da makin meningkat, suda mau suku abad *terasa tua*. tp rasa banyak lg perkara yg masih blm t'capai & d'capai..

wishlist utk taun depan (mcm awl x nk buat wishlist nie ;))
  • mencari pekerjaan tetap.
  • mahu memliki aset sendiri (kereta)
  • ingin memberi sedikit dr duit gaji kepada kedua ibu bapa (setiap bulan)
  • last but not least - ingin menamatkan zaman bujang..hehehe :)) (mcm la ko da ada calon kn..huh)
p/s ::memujuk hati sendiri...

Tuesday, November 22, 2011

i'm proud to b a malaysian ;)

rasa semangat & bangga pasal kita a.k.a malaysia menang bola sukan sea malam td still xhilang lg ;)..yg paling best sbb g tgk bola kt mamak n 4 sure ia nya sangat happening sbb mmg ramai sngt warganegara malaysia kt situ..penantian 120 minit yg sngt mengecutkan perut & sngt mendebarkan..hehe tertarik dgn dak nazmi yg cute itu..*dik gud luck 4 ur spm..hehe* seksyen 7, s.alam smlm mmg b'gegar la, aku rasa xdpt g stadium pn xpe sbb mmg aku rasa suasana nya lebih kurang sama je ;p

 harimau yg muda-muda ;p *aauumm*
 nazmi comel ;)
thankz kpd yg support jersey m'sia nie ;) *saya suka*

p/s :: rasa bangga nie jadi warganegara malaysia...
c kembar ttp d'hati ^^

Thursday, November 17, 2011

jambatan aku panjang kot...

nk akhir-akhir tahun nie banyak da dpt jemputan kahwin & b'tunang, da yg pasti semua nya dr kawan-kawan yg terdekat, *ko bila lg miza..hahaha ;p* rasa-rasa kalau buat note dlm calendar tu mmg da penuh kot ;)

t'ingat kata-kata mmbr aku mlm td, mayb jambatan aku jauh & panjang lg sbb tu korang sume xdpt kad kawin aku lg..hehe so, d'harap semua b'sabar ok, dan yg paling penting aku pn kena bnyk sabar :)

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

 aku rasa jambatan nie panjang sgt kot, xnk la panjang2 sngt..hehe ^^

Wednesday, November 9, 2011

sangat..




sangat susah hati untuk 2 3 hari ini..terasa sangat sukar untuk menjadi seorang yg dewasa yg memikirkan segala masalah..sungguh bertuah rasanya menjadi kanak-kanak sepanjang masa yang hanya berada d'dunia mereka sendiri..


 p/s:: sy cpt rasa sangat sedih bila rasa rindu ^^


Tuesday, November 1, 2011

1st day...

ari nie merupakan ari pertama aku kt institute for health system research (IHSR) bangsar..tarikh yg aku rasa best la jgk kot nk ingat 011111 ;) setakat ini still xde keje lg, tp mungkin selepas ini semua nya akan berubah mengikut masa..hehe untuk kengkawan yg juga start keje ari nie eda & dot, selamat bekerja ;p

p/s :: selepas ini aku akan melalui masa-masa tk b'gelar seorang dewasa. wish me luck :)

Saturday, October 29, 2011

rezeki selepas b'gelar graduan :)

khamis baru nie ada pergi interview kt Institute of Health Systems Research  dan alhamdullilah trs d'terima b'kerja as a Research Officer....sangat-sangat b'syukur dgn rezeki ALLAH..yg lagi seronok sbb tmpt keje baru nie sama dgn my bff tiqah, dpt lak 1 blk ngan dia mmg lg happening la..;) umah pn duk sekali dgn dia & mmbr lg sorang masa zaman sekolah dulu ros, double happening lg la nmpk gaya nya.. xkisah la kalo org nk ckp dr kecik  asyik muka tu je, yg pasti i like..hehe ;)

p/s :: thankz to abah & umi yg da banyak doakan along ^_^

Monday, October 24, 2011

my big day ;)

selamat suda b'gelar graduan ijazah sarjana muda sains komputer (pengurusan pangkalan data) dengan kepujian dr universiti teknikal malaysia melaka. sangat-sangat b'terima kasih pada umi & abah yg da banyak b'korban untuk along utk smpi ke tahap nie, i luv u both so much, mmg x t'balas rasa nya jasa & pergorbanan umi & abah..untuk kengkawan yg seangkatan tahniah utk kamu semua, penat lelah kita memerah otak akhir nya membuah kn hasil ;) xnk cakap banyak layan kn aje gambo d'ari b'sejarah t'sebut ;p









p/s :: doakan kejayaan utk kerjaya saya pula ok ;)

Monday, October 17, 2011

waktu belajar itu indah ;)


sabtu 22hb 10 nie tarikh konvo aku, yg m’jadi hati ini sedikit terusik coz b’kongsi tarikh dgn besday  bekas jiwa yg lama..for sure la aktiviti minda utk mengingati kisah lama tu mmg ada la kn ;( angan-angan dulu time konvo nk g ngan yg teristimewa selain family la kn..*konon-konon nya* hehe  tp yg pasti angan-angan itu tdk kesampaian..dun worry la,family sy kn ada utk menemani sy d’hari t’sebut ^_^.sbnr nya kn xprepare apa-apa pn lg tuk konvo nie..huhu pdhal tinggal bape ari je lg..kalo da biasa buat keje last minute mmg rasa biasa da la kn situasi mcm nie.. J nnt mula la kelam-kabut *baru pdn ngan muka kau*.sangat xsangka akhirnya dapat jgk aku melepasi saat-saat senang & susah smpi abis degree.. saat mula nk cri kwn bru *thankz to dot,ajiat,zun, bai,farah, aeiry,azie,korang la yg aku mula-mula jmp masa msk dip, miss u ols so much*saat nk menyiapkn assignment & group project, saat nk g kelas,saat berdebar mcm nk gugur jantung time presentation ;), saat rindu kn umah d kg sbb da lama xblk, saat sama-sama menyewa 1 umah, makan n keluar berjimba b’sama-sama..* miss dat moment* xd'nafikan time study mmg happening ;)



 rindu korang sangat ;)

  time konvo DIT ;p

degree time..miss my syg-syg h-2-8 ;)

p/s :: nnt u’ols sume jgn la segan-segan nk bg bunga ke hadiah ke untuk  i k..^^

Saturday, October 15, 2011

tiada masa lagi...

sangat merindu utk menulis & b'mesra-mesraan dgn blog t'cinta..rasa lama sngt da x update..semenjak 2menjak nie masa sngt terhad utk d'luang kn..smlm br benti dr jd promoter anakku..sempat 2 minggu je keje nya pn hehe ;p lps nie nk settle kn psl konvo lak..tak sabar untuk kembali ke melaka...^^

p/s:: buat masa skrng xde masa lagi nk update pnjg2.. ;)

Wednesday, September 21, 2011

[JANGAN]

"Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak."
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

sangat bersetuju dgn kata-kata d'atas coz sedang merasakan nya pada waktu sekarang..
sbb tu kdg-kdg rasa mcm malas je nk ada kwn baru lg-lg kalau yg berlainan jantina sbb kalau da jadi rapat sangat mula la nk ada perasaan lain..mulut je ckp "kita kawan"..(very-very dislike dis situation)

situasi skrng aku sngt terasa hati dgn kwn t'sebut, mungkin dia tdk b'niat utk membuat aku terasa..tp bila org yg kita rapat say something yg buat sy terasa hati, mmg sedih sangat ;(..


p/s :: aku rindu nk share problem dgn ko ;(

Sunday, September 18, 2011

[sensitif ok]

i'm one of the person yg sngt mudah terasa hati atau dgn kata lain nya sangat sensitif. bila da terasa hati tu mula la nk sedih-sedih kn ;( kadang-kadang mulut je ckp it's ok la, xkisah pn tp dalam hati xde sape pn yg tau kn.. sometimes kita sibuk nak jaga hati org, tp hati sendiri t'bengkalai..


i hope one day i can find that person yg boleh menjaga hati saya ^_^

Monday, September 12, 2011

[date with my v.i.p]


Last weekend yg sngt-sngt happening with my lovely buddies..bila da b’jumpa mmg rasa tak cukup dua ari bersama..tentatif dr pg smpi ke la tgh malam mmg penuh ;p d’isi dgn segala macam aktiviti.smpi shah alam mlm jumaat  (09/09/11) n mlm tu jgk aku suda d’heret utk  tgk midnite final destination 5 *sy xkisah pn kena heret ;)*, cerita yg sngt m’berangsangkan, memerlukan kekuatan mental yg kuat utk menonton cerita t’sebut ok..hehe lps tgk midnite g lepak kt restoran hakim lak jap coz nk pick up mmbr yg suda lama tdk ketemu kerana pergi m’jalankn tugas nya d arab Saudi J 

Bila blk pn da lewat esk nya msti la bgn pn lewat kn ;p tetapi aktiviti untuk b’liburan ttp b’jalan lancar. Bgn tdo lat ta lilat dulu sape yg kena g mandi dulu..hehe siap-siap trn mkn coz perut comel memasing da minta utk d’isi..lps mkn baru ada stamina utk melakukan aktiviti b’hibur J masing-masing memutuskan utk pergi menyumbangkan suara d’pusat karaoke *mmg b’kesan utk m’releasekn stress ;)* agak-agak da rasa tekak tu sakit kita pk aktiviti lain plk dan ketua misi m’cadangkan utk pergi ke tanjung harapan, klang, ok jgk cadangan tu coz blh buat sesi fotografi sekali..hehe da pnt b’gambar-gambaran perut comel terasa lapar blk ;) aktiviti makan b’langsung kembali..thankz to cik.dido a.k.a dilah coz telah menaja makanan kami pada ari t’sebut, I syg u lebih la dido ;p siap mkn blk umah dulu utk m’bersihkan diri, rehat-rehat jap sbb aktiviti akan d’sambung lg, yg sebenarnya da rasa penat lg-lg kalo da jmp tilam kn mmg ssh da la nk berenggang.tp misi dgn yg t’syg mesti d’teruskan ;)






Wednesday, September 7, 2011

[feeling down]



from time to time, we all get a little down, maybe even little depressed. may b we are feeling overwhelmed, or fell bad because we're not doing well with our goals.

and for now i really-really feel down ;( *rasa sangat sedih* adakah ini perasaan ketika hormon tidak stabil atau mmg rasa yg sangat tertekan dgn kehidupan seharian & family problem..kalau tuhan nak uji kita tu macam-macam dia bagi kan, terpulang la pada kita kuat ke tak nk tempuhi nya..

sangat sensitif dgn soalan xkerja lagi ke? cari la dlm internet banyak keje kt situ..mcm nk bgtau yg aku nie xde usaha utk cari kerja..aku ari-ari ngadap tenet bkn nya aku xtau nk cri keje kt situ ok..mmg x d'nafikan almost 1 year aku duk tanam anggur tp xbermakna sepanjang waktu itu aku duk umah goyang kaki tanpa buat apa-apa.xkan nk bgtau 1 alam aku g interview kt sini la kt sana la, kalau da bkn rezeki sy lg nk buat mcm mana.. for sure aku pn ada impian mcm org lain nk kerja best-best, ada kete sendiri, rumah sendiri,kalau x buat apa aku b'susah-payah study smpi degree kn.*bukan nak marah tp sy nie sensitip cpt terasa*

taun dpn umur da menuju ke suku abad, saya sedar hakikat itu..may b kalau perempuan umur tu mmg da sesuai untuk berkahwin, aku pn dulu-dulu mmg bercita-cita untuk menamatkan zaman bujang bila umo 25 tp kalau da belum sampai seru o belum ada jodoh utk saya cita-cita itu tdk akan kesampaian juga..so soalan bila nk kawin o xde yg punya ke sekarang nie sangat menguris hati w'pn xbanyak tp sikit tu ada la..



kalau rasa x tahan sangat tu tekup bantal kt muka nangis sorang-sorang ok jgn bg org dgr ^_^

Monday, September 5, 2011

[BESTIE]

even though i have no BOYFRIENDS, but i have BEST FRIENDS.
 kawan yg boleh terima diri nie seadanya, yg boleh terima masa susah & senang, sanggup dgr cerita aku yg panjang berjela, yg sanggup dgr aku nangis t'esak-esak o time gelak x ingat dunia, yg sanggup tgk muka aku time masam mencuka, yg sanggup teman kan aku kemana-mana, yg sanggup bagi nasihat time aku perlukan nya. 

xsemesti nya yg kita da kenal lama tu boleh d'isytiharkan kawan baik, ada masa nya yg baru kenal pn da boleh jd rapat dgn kita.thankz to kengkawan yg mmg aku da kenal lama berbelas taun since sekolah lg *tiqah, ros, ada, min, meg, dilah, eda, nadia, u2,ct, dayah* coz being my bestfriend n sentiasa support aku setiap masa..mmg aku xjumpa org lain yg serupa dgn korang sume..xlupa jgk kengkawan masa kt utem dulu echa, dot, wani & ajiat..i luv u ol so much..

n to pacik a.k.a akil i also want to say thankz to u coz being my bestfriends, walaupun kita start kenal dr blog n hanya contact thru fon, fb & ym but macik rasa sngt selesa b'kawan dengan pacik *seriuosly* 


 p/s :: sangat terharu dgn perhatian kamu semua ;(

Thursday, September 1, 2011

kami beraya :D



first of all SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN from mizmizza & family*speaking london tu..hehe ;)*

aktiviti di pagi raya bangun tido d'awal pagi utk mengemas rumah, menyiapkan juadah untuk disantap, menu utama suda semestinya lemang & rendang pn.umi :) membersihkan diri dan berhias seanggun yg boleh :p siap sume2 tu sesi makan bersama seisi keluarga, perut da kenyang sesi bermaaf-maafan bersama keluarga tercinta pula *aktiviti nie mmg wajib setiap kali raya* da abis mintak ampun dgn en.abah, pn.umi & adik-beradik lain sesi bergambar keluarga, gambar tu penting utk simpanan masa depan kn..hehe *padahal masing-masing mmg suke b'gambar :)*

lps tu g umah atok jumpa atok, makcik2, pakcik, sedara-mara & sepupu-sepapat..balik umah atok aktiviti menunggu sedara-mara, abg-abg, kakak-kakak, adik-adik je la dtg rumah.. cornflake madu saya menjadi kesukaan ramai *senyum*.. raya ini hanya berteleku d'rumah sahaja, xde cik abg atau cik akak yg nk bwk b'jalan-jalan :(



::jadi lady in red saya raya nie :p::


Sunday, August 21, 2011

adakah saya membosankan...

kadang-kadang kan aku rasa aku nie some1 yg membosankan, ini kerana aku seorang yg jenis yg tak banyak cakap, especially kalau bersama kaum adam..may b kalau dgn kawan perempuan x la kot, banyak je mulut kalau nk gosip-gosip nie..;) lagi satu yg aku xboleh nk ubah iaitu sifat pemalu, malu tu harus kan tapi yang aku nie sangat pemalu..hehe *nak buat macam mana tu* taun dpn umur da nk masuk suku abad tp still mcm nie la jgk dr dulu sampai skrng..family n kengkawan terdekat mmg da faham sngt peel aku *sangat b'terima kasih kepada yg memahami*, tp kalau yg baru-baru nk kenal nie mesti akan kata aku some1 yg memboringkan kot ;p



p/s :: tolong la jgn cakap saya some1 membosankan, sy bukan macam tu ;p

Friday, August 19, 2011

balik kampung...

nak sangat rasa feel balik kampung yg jauh dgn 1 family semua..tp apakan daya kampung ku sangat dkt dgn rumah, ari2 pn blh g umah atok..dulu time ngah study ada la jgk feel balik kampung tuk raya tu kan, ala-ala anak yg jauh duk perantaun pulang kn..hehe minggu pertama puasa da pk tiket raya tuk balik coz tkt abis, tp selalu nya tiket tuk aku blk pahang ada je, selalu nyg sold out ke kelantan & terengganu. tp skrng da abs study xde da la nk feel-feel mcm tu..tp sebenarnya bagus jgk kn kampung dekat nie xde la nk dgr pn.umi & en.abah gado-gado manja nk blk kg mana 1 coz dua-dua dkt..tp skrng belah pn.umi dua-dua wan & atok da xde, belah en.abah pn ada atok je..makin lama makin rasa xbest hari raya..pada aku hari raya meriah hanya utk budak-budak..sama la mcm aku time budak-budak dulu kn, mlm raya main bunga api *nak main meriam buluh xberani :p* lps tu time raya kumpul semua sepupu-sepupu g round 1 kg kutip duit raya ;) *miss dis moment*



p/s :: kepada kamo org yg ingin pulang beraya di kampung selamat pulang & berhati-hati la d'jalan raya *ingatlah org t'sayang ;)*


Saturday, August 13, 2011

sampai satu tahap...

Pernah tak korang rasa bila da sampai satu tahap yang korang akan cakap tak pe la, dah tak kisah, redha aje..aku rasa la kan aku da sampai ke tahap itu..memandangkan kawan-kawan sekeliling sekarang masing-masing punya perancangan untuk b’tukar tittle kepada tunangan atau isteri kepada seseorang aku pulak mcm blur ngan status diri sendiri, *tanya diri sendiri bila pulak turn aku* tp rasa nya buat masa terdekat nie mmg tak kan terjadi perkara sebegitu rupa..dan ada sampai satu masa tu aku rasa aku malas nk fikir dan biarkan masa yg menentukan semua nya, kalau dulu cakap ngan adik-adik jangan langkah bendul ok, biar akak dulu ;) tp sekarang aku no hal la kalau korang nk kahwin dulu *it’s ok along cakap :p* may b rasa penat da kot nk bercinta-cinta nie..hehe kalau kekal selama nya xpe nie kang kalau putus d’tgh jalan, kecewa je yg dapat kn J jodoh pertemuan d’tangan tuhan so sabar aje la.. tp yg sebenar nya tgk kawan nk tunang & kawin ada jgk rasa nk mcm tu tp it’s ok la..hehe



‎:: I miss the day when crayons and toys can heal my pains ::

p/s :: bila da besar nie mcm-mcm nk kena pk, blh x kalau nk jd kanak-kanak sepanjang masa ;)

Thursday, August 11, 2011

zaman pos-m'gepos

dulu-dulu kalau ngah sekolah, time sekarang nie ngah bz collect alamat mmbr-mmbr n sibuk g beli kad raya ngan setem bebanyak sbb nk anta kad raya kt d'org..dulu kalau nak raya mmg nk d'katakan ari-ari abg posmen singgah umah anta kad raya *happy gila time tu dpt kad raya* lps tu banding ngan adk beradik lain sape yg dpt paling banyak..tp kn xpernah dpt kad yg ada bunyi-bunyi tu, *sedih tau, sebab teringin sngt nk dpt kad sebegitu rupa*masa tu mesti la aku kn sbb kawan ramai, lps tu kt sekolah dulu kn glamour *gila perasan ;p*, junior-junior pn ada yg bg..tp sekarang nie bila da berada d zaman internet a.k.a zaman b'facebook xde da nk dpt kad raya nie *trs aku rasa aku xglamour sbb xdpt kad raya* tp taun lps ada la dpt 2 kad raya rasa nya, perasaan jd lain mcm, rasa terharu & happy coz ada lg org nk poskan aku kad raya kn :p tb mmg betul perasaan dpt kad raya tu lain dr dpt ucapan dlm facebook nie..*ke aku je yg rasa mcm tu*hehe



p/s :: rasa mcm nk g anta kad raya kt mmbr2 je tp xde masa nk g beli kad, setem & lps tu nk g pos..sbb tu la org guna facebook je kn..:p lg 1 tolong la bg aku kad raya untuk m'gembalikan zaman k'glamouran aku dulu-dulu..hehehe & sian kt abg posmen tu mesti rasa da lama sangat da xsinggah umah aku kn..

Tuesday, August 9, 2011

[kaca mata]

saya mmg seorang yg rabun dan perlu untuk b'kaca mata..tetapi hanya akan menggunakan nya d'saat menonton tv, membaca & m'gadap laptop coz rasa xselesa kalau nk pki sepanjang ari..tp yg sebenarnya bkn nk ckp pasal kaca mata itu, nie nk ckp pasal kaca mata hitam..sangat suka tgk lelaki yg berkaca mata hitam lagi-lagi kalau yg pki ray ban, nampak macam hensem a.k.a macho walaupn hakikat nya bila bkk spec tu muka hancus kn..hehe dan lagi 1 hakikat nk bg tau aku pn sangat suka akan kaca mata yg dr golongan ray ban nie, da lama da kot mengidam untuk memiliki nya, tp apa kn daya sampai sekarang x tertunai lg.. tp 1 la yg aku xbape nk minat bila org pki spec mata hitam nie time xkena tempat nya contoh dlm shopping mall n masa ngah malam buta..mmg lg buta la ko jd nya kn..hehe


ce tgk hensem kn mamat-mamat nie ;p

kalau ada sape-sape yg nk bg hadiah hari jadi ke hadiah hari-hari ke tau da la kn nk bg apa ;) xpn raya nie kena kumpul duit raya la nmpk gaya nya..hehe *tp rasa musykil ada lg ke org nk bg duit raya kt aku yg da beso gajah nie* -thinking-


p/s:: ada sape-sape x yg rasa mcm artis bila berkaca mata hitam :p

Monday, August 8, 2011

SEKALI LAGI

baru lepas tgk cite sekali lagi, aku rasa aku je kot yg baru nk tgk cite nie :) org lain mesti da tgk kn..cerita nie tidak menghampakan, pada aku ceritanya agak best..banyak sungguh feeling time tgk dis movie happy,kelakar, sedih, kesian...tp ending dia macam xbape nk paham..lisa kawin dgn bront ek..yg macam dalam cerita nie kalau ALLAH tu nak bagi kita ujian, dalam 1 masa je dia blh bagi kita macam-macam dugaan kn dan tak semua yg berlaku kita tau sebabnya tp setiap yg berlaku ada hikmahnya..

sam walaupun bodoh-bodoh tp still hensem ok..:) lg 1 c mia tu mmg sangat comel..*nk order bdk macam mia 1 boleh jd anak angkat* hehe




Friday, August 5, 2011

[1001 STORY]

for me la kn gambar-gambar lama menyimpan 1001 satu cerita *macam tipu je* :) feeling untuk senyum sorang bila tgk gambar-gambar lama mmg xdpt nk d'elak kan coz bila teringat masa dan ketika itu rasa mcm nk minta pintu masa kt doraemon nk kembali ke zaman itu ;) gambar-gambar lama is something special bg aku *org lain aku xtau la kn*. sbb tu sampai skrg mmg suka bebeno kalo b'gambo. blh simpan untuk hari tua nnt :) tp zaman skrg bkn mcm dulu, dulu ambk gambar guna camera kodak lps tu kena g cuci kt kdi gambar, skrg da ada camera digital lps tu save dlm laptop je bila laptop rosak meraung melolong la ko gambo xdpt d'selamatkn.so sila la buat back up k..*kalau nk g cuci sume gambo yg simpan dlm laptop ada jgk kena istihar bankrup nnt..hehe*

time nie ada pertandingan pancaragam sekolah-sekolah kt kuantan, budak-budak biasa la kn suka berjalan cikgu bwk g teluk cempedak jenjalan *padahal cikgu yg lebih bkn kami* :p


nie pulak time ngah spm, da tension study g main la *main baling selipar* :) time nie cikgu ada main sekali, masa nie je la kalau rasa geram kt cikgu tu baling selipar kuat-kuat je kt dia.. *gila kejam* hahaha nie la kawan-kawan aku dr kecik smpi la besar.. *i miss u ol*

Thursday, August 4, 2011

PERNAH TAK



·         Pernah tak masa korang ngah jalan-jalan dengan rasa confident nya sambil d’perhatikan org-org sekeliling tiba-tiba korang jatuh o tersampuk *aku pernah kot* hehe.. malu xpayah nk ckp la kn, lps tu dgn confident nya blk bangun da jln macam xde apa berlaku..hahaha

·         Pernah tak time g makan kt kdi makan o restoran  tiba-tiba time nk bayar cek duit tidak mencukupi untuk membuat pembayaran o wallet tertinggal..*rasa mcm nk nyorok bwh meja je kn time tu :p* aku pernah mengalami situasi mcm nie tp time tu nsb baik x g beli makan lg cek duit dlm kete dulu tp yg lg malangnya abis mmbr 1 kete sume xbwk duit, agknya hari tu ari lupa untuk bwk purse kot ;)

·         Pernah tak time korang naik bus, lrt o komuter korang ddk berdekatan dgn org yg mempunyai bau-bauan yg tdk m’yenangkan, lg-lg kalau time tu ngah berhimpit-himpit  *OMG*. Time tu mesti rasa nk cpt sampai je ke destinasi yg hendak dituju..boleh pitam kot kalau lama-lama..

·         Pernah tak korang ada admire kt seseorang tu n selalu ckp kt mmbr sebelah katil, hensemnya mamat tu kalau aku dpt kn best n then akhirnya korang dpt jgk jejaka itu..apa kata hati, mesti time tu hati kata bahagia nya saya..hehe :p

·         Pernah tak time korang ngah jalan-jalan tiba-tiba jmp balik kawan time sekolah dulu n bdk tu gila ramah lagi, tp kita xingat pn nama dia apa n ingatan budak tu punya fresh lg pasal kita..nk tanya dia sape kang takut terasa hati lak kn..hehe so layan kn aje mcm ko knl dia jgk ;)

·         Pernah tak time g shopping mall o kdi-kdi membeli belah time tu mmg makhluk tuhan ramai sekali n korg tersalah pegang tgn org lain..ingatkan nk tarik tgn mmbr tp rupanya org lain, kalau sejenis xpe jgk lg kalau lain jenis mcm mana..hehe

·         Pernah tak time nk berbuka puasa sangat-sangat tiba-tiba korang dpt tau korang xblh puasa especially bg warga perempuan *apakah perasaan anda ketika itu J* mau marahkah..

p/s :: rasa-rasa pernah tak??




Wednesday, August 3, 2011

pesanan..

ingin berpesan kepada anda semua supaya d'harap bersabar menjalani ujian & dugaan di bulan ramadhan ini :) dugaan lapar & dahaga tu sudah semestinya la kan..kadang-kadang dugaan time bulan puasa nie lain macam sikit, saje je nk uji kita mcm mana, tahan ke tidak menahan nya..

antara pesanan lain ::

1) Bersabarlah dalam berpuasa di bulan Ramadhan semata-mata hanya untuk Allah, kerana ini adalah salah satu rukun di antara rukun-rukun Islam. Dan puasa sunnahlah tiga hari di setiap bulannya.

2) Bersabarlah di setiap bentuk ketaatan yang engkau kerjakan untuk Allah. Ambillah dari puasamu itu pelajaran untuk bersabar dalam mengerjakan ketaatan, bersabar untuk tidak berbuat kemaksiatan, dan bersabar dari mengerjakan dosa. Berharaplah pahala disisi Allah yang Maha menyempurnakan pahala untuk orang-orang yang bersabar, sebagaimana firman Allah:
Sesungguhnya Hanya orang-orang yang Bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (QS. Az zumar : 10)

Monday, August 1, 2011

[ramadhan]


Alhamdullillah, d’panjangkan umur untuk  bertemu kembali dengan bulan ramadhan. Setiap tahun bila nak masuk bulan puasa a.k.a Ramadhan , pasti akan teringat kenangan semasa zaman kanak-kanak dulu. b4 puasa tu mesti poyo-poyo nk makan banyak-banyak konon esk da xdapat nk makan *ko ingat puasa tu xboleh makan satu hari suntuk ke* hehe. Bila time sahur pulak En.Abah akan menjalankan tugasnya  m’gejutkan kesemua anak-anak beliau untuk b’sahur. Time tu En.Abah akan ajar kitaorg lafaz niat puasa, abah suh sume baca sekali. Lps tu kalau time berbuka abah suh aku yang hafal doa berbuka puasa & baca, ini kerana aku anak sulung kena bacakan tuk adik-adik sekali, tp skrng adk lelaki aku da besar dia la pulak ambk tugas nie kn, aku da resign J dulu time kecik-kecik mmg susah nk puasa penuh sebulan :p ada je alasan nk bg kt pn.umi untuk puasa sekerat hari, tp mesti la permintaan itu tdk layan kn..lps tu time mandi punya la lama, lps tu ambk kesempatan nganga kt air pancut tu..hahaha *sila jangan tiru aksi ini* pacik yg umumkan tarikh puasa & raya tu da tukar, lps nie rindu la kt pacik yg lama tu..dr kecik lg kot mmg pacik tu je la yg d'tunggu-tunggu dpn tv..

Friday, July 29, 2011

[when girls out to shopping]

memandangkan nk raya nie kn mesti masing-masing da pk nk shopping raya, pdhal puasa nya blm tentu lg penuh ke x :) dari pandangan peribadi aku la perempuan dgn shopping mmg xdpt nk d'pisahkan *adakah saya benar* ;) shopping tu pada perempuan mcm salah satu terapi untuk menghabiskan duit menenangkan fikiran :) bila dpt beli apa yg kita suka tu rasa puas je, tp kdg2 ada jgk bnd yg kita beli tu guna dua tiga kali je n ada masanya langsung xberguna..*x ke membazir tu kan* aku rasa antara perempuan-perempuan je yg faham d'saat pergi membeli belah nie. kalau pergi ngan kaum adam a.k.a en.lelaki mesti suruh cepat je, lps tu kalau mintak pandangan dorg mesti ckp ok da tu, ambik je la, bkn ikhlas pn sbnr nya :p. perempuan kalau blh nak g usha semua kedai dulu lps tu baru buat keputusan nk beli yg mana 1, sangggup tu jalan dr 1 kdi ke 1 kdi kalau kt shopping mall tu round 1 mall semua tingkat nk pg, kalau kt masjid jamek tu round smpi ke jln tar, kt situ da la org nya sentiasa ramai..masa tu xde terasa sakit kaki ke apa tp bila da blk rumah bru la complain kaki sakit..*sape suruh ko jln smpi xingat dunia kn*;p d'nasihatkan kalau time g shopping jgn pki heel ok pki sandal biasa je suda..hehe



nota kaki :: aku sngt tidak boleh melihat bag, handbag, kasut, sandal, selipar n yg sewaktu dgn nya la, mst akan rasa nk beli..tp bila rasa-rasa xb'duit tu kena la tahan iman kn :) *ada sape-sape nk belanja tuk shopping raya x* hehe

Saturday, July 23, 2011

[falling in love]

falling in love ngan lagu siti nurhaliza sekarang nie..
tidak b'makna minat lagu ini d'katakan saya pn sedang d'landa falling in love..no.no...no ;p

lirik lagu falling in love ::

Wednesday, July 20, 2011

don't forget...

bila d'landa musibah atau dugaan yg amat berat pd kita jangan lupakan ALLAH S.W.T, walaupun ada masanya kita xtau nk cerita kat siapa masalah yg kita hadapi tp ingatlah ALLAH sentiasa ada bersama untuk mendengar setiap rintihan hambanya..walaupun saya rasa sangat tidak kuat utk terima segala dugaan ini tp sy percaya ALLAH xkan turunkan kesusahan pd hambanya jika hambanya itu tdk cukup kuat utk menanggung semua itu..apa yg saya harapkan sekarang saya d'berikan kekuatan untuk terima semua musibah dan dugaan yg mendatang, saya juga mengharapkan seorang teman yg boleh saya ceritakan semuanya tanpa saya ragu-ragu akan kesetiaan nya sebagai seorang sahabat yang dapat memahami situasi dan keadaan sy ketika ini..

Monday, July 18, 2011

sekolah rendah dulu..

semalam masa tengah usha timeline kt twitter ada org tweet psl sekolah rendah dolu-dolu n time tu trs t'ingat zaman pki bj putih kain color blue-black tu ;) banyak kot kalau nk d'ikutkan moment-moment time sklh rendah dulu..hehe antaranya ::


  • kalau time beratur kt perhimpunan xpyh nk susah-susah mmg aku la antara org dpn sekali coz tinggi pendek -_-
  • main cop tiang sampai rabak kain sekolah sbb kangkang luas sngt..kdg2 main galah panjang & baling selipar pn pki bj sekolah je..hehe
  • ptg-ptg kena g kelas fardu ain..
  • pg sekolah pki kasut jenama bata *famous time dolu-dolu* xpn kasut yg ada bintang tu xtau apa nama nya da xingat ^-^
  • main tangkap berudu, ko ingat berudu tu ikan ke.. :p
  • main getah yg kena ckp zero point tu, tp kalau smpi time yg aras telinga mesti aku xlps sbb pendek kn xlps nk lompat..hahaha
  • zaman dulu-dulu glamour colur luna yg ada 12, 24, 36 & bape batang la lg, kira hebat la kalau sape yg pki paling banyak batang tu ;p
  • pernah masuk lari b'pagar, nk d'katakan sume pagar aku langgar je.. ;)
  • ayat standard 'ayok..xtaw..sape buat' secara berjemaah ;p
  • dulu belanja sekolah kalau bawak 50sen pn da ckp da, tp skrng kalau bdk bwk 50sen je mmg xmakan la jwb nya..
  • kdg-kdg bawak bekal g sekolah ngan botol air tali gantung tu ^_^
  • kena denda berdiri atas kerusi sambil angkat tgn da mcm superman je gaya nya..
  • dulu masa sklh rendah teringin sngt nk pki beg yg ada roda tu tp smpi habis sklh xdpt pki, xde rezeki..hehe
banyak la lg benda-benda yg popular masa zaman sekolah rendah dulu nk tulis sume panjang sngt nnt..hehe


nota kaki :: "pen merah pen biru, u marah i love u" XD

Sunday, July 10, 2011

how to realize??



To realize The value of a sister:
Ask someone Who doesn't have one.

To realize The value of ten years:
Ask a newly Divorced couple.

To realize The value of four years:
Ask a graduate.

To realize The value of one year:
Ask a student who Has failed a final exam.

To realize The value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a still born.

Thursday, July 7, 2011

:: berkeinginan

sangat b'keinginan untuk pergi ke stadium melihat perlawanan bola sepak.. mmg da lama menyimpan hasrat nie tapi still x kesampaian lagi..walaupun ada suara-suara yg mengatakan tgk kt umah lg best boleh tgk sampai baring-baring, golek-golek dpn tv tp still ada perasaan nk merasai kehangatan di dalam stadium..sambil poyo-poyo pki jersey malaysia n jerit gooolll kn..hehe excited nk g tgk team malaysia main especially team harimau malaya coz amat meminati pasangan kembar tersebut..hehe tp skrng safiq rahim pn sudah memenangi carta hati ;p


nota kaki :: ada sape-sape tak nak temankan & lagi satu benda nak cakap i'm one of the manchester united fan ;)

Monday, July 4, 2011

:: wedding day ;)

selamat suda my bestie bertukar status menjadi isteri ;) macam-macam perasaan ada suka, sedih, syahdu, mcm-mcm rasa la lg..hehe tp yg penting rasa bahagia tgk my bff bahagia :) dr malam akad nikah sampai la ari kenduri besar kita org bersama menemani pengantin, bff la katakan, every single moment kita org xnk miss *sangat happening* time malam akad nikah rasa sedikit touching masa pengantin lelaki nak baca taklik, dia nangis mayb rasa sayu sbb da selamat jadi suami org n lps nie tanggungjawab dia besar. masa tu nampak pengantin lelaki sangat syg kn pengantin perempuan *sweet ;) * rasa-rasa lps nie ada x org nk nangis mcm tu kt aku..haha pengantin sngt rilek pd mlm t'sebut..kalau aku mmg da nangis da sedih..biasa la aku mmg sensitip org nya.hehe


malam akad nikah..aku harap time aku nikah nnt korg sume ada k..hehe *agak-agak bila la ek*

rombongan cik kiah ke rumah pengantin ;p