CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 25, 2011

6 wanita yg mudah ditipu oleh LELAKI

 GIRLS PLEASE BEWARE ;)

1) TERLALU MEMPERCAYAI
Jangan sesekali meletakkan sepenuh kepercayaan kpd lelaki.
Wanita yang bersikap terlalu percaya mudah ditipu oleh
pasangannyakerana dia mempercayai semua perkara
tanpa sebarang pertikaian.Lelaki akan memanipulasi
keadaan untuk mempergunakan diri wanita terbabit.

2) SOSIAL
Cara hidup bebas dan bersosial tanpa batasan memberi
banyak ruang dan peluang kepada lelaki2 tidak
bertanggungjawabuntuk menipu. Ini kerana gaya hidup 
bebas secara terang-terangan telah mendedahkan diri
wanita kepada lelaki pemangsa yang sentiasa
mengintai peluang dan memasang perangkap untuk 
merosakkan gadis2 remaja bagi memuaskan nafsu mereka.


3) TIDAK BERILMU
Tidak berilmu bukan bermakna tidak berpendidikan.
Tetapi ia juga bkn bermakna anda perlu berkelulusan tinggi
kerana wanita yg memiliki PHD sekalipun blh menjadi bodoh 
dlm soal cinta dan lelaki. Dlm konteks ini, wanita berilmu
adalah wanita yg tahu membezakan antara perkara baik
dan buruk dlm mencari jodoh. Mereka tidak hanya mengikut
rasa cinta sebaliknya bijak menilai peribadi lelaki
yang layak dijadikan suami.

4) TERDESAK UNTUK BERKAHWIN
Umur yang semakin meningkat membuatkan wanita bujang
risau akan status diri. Walaupun berkahwin lwt bkn lg masalah,
namun masih ramai wanita yg terdesak untuk mencari jodoh.
Desakan itu membuatkan wanita bersikap 'tangkap muat'
dalam memilih pasangan hidup sehingga menikahi lelaki tanpa
mengambil kira akan sikap, kualiti dan peribadi lelaki
tersebut asalkan dapat berkahwin.

5)  TERLALU SABAR
Makan hati berulam jantung! Pepatah paling tepat untuk
mengambarkan wanita yang terlalu penyabar. Walaupun 
dideradan tidak dihargai oleh pasangan, dia sentiasa sabar
dan merelakan dirinya diperlakukan sedemikian rupa tanpa
mengambil sebarang tindakan dgn harapan pasangan nya itu 
akan berubah suatu hari nanti.Kesabaran yang keterlaluan
hanya membuatkan pasagan semakinberani untuk terus menipu
dan mendera wanita terbabit kerana merekatahu tiada tindakan
akan diambil. Justeru, bersabarlah mengikut batasannya.


6) MEMENTINGKAN PARAS RUPA
Ada wanita yang mementingkan paras rupa dlm mencari
pasangan hidup.Soal akhlak ditolak ketepi asalkn memiliki 
waiah tampan.Akibatnya ramai wanita merana kerana 
dipermainkan oleh lelakiyang hanya mengambil kesempatan
di atas kelemahan mereka yg mudah 'cair'dgn 
ketampanan sehingga sanggup melakukan apa sahaja.
Mmg bkn semua lelaki kacak gemar memburu cinta 
atau memperdayakanwanita. Namun tidak salah,
jika mengamalkan sikap berhati-hati.
Paling penting, jgn jadikan ciri fizikal sebagai 
syarat utama dlm mencari pasagan hidup.



Mind is the greatest gift,
gunakan lah sebaiknya.

4 comments:

wan farah said...

saya sgt2 bersetuju ngan anda..hee

Atsuko Ichirou said...

hehe...
takde ceciri macam nih kat sy...=)

Cik Aish said...

yg no 4 tu peringatan utk diri sdiri ni..emm isau gak sebab still single smpi skng..tapi tu la..isau isau pun, kene hati2 dlm bekawan..hurmm

Kiko Berdendang said...

Wahai wirawati, peliharailah diri...