CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 28, 2011

[ advance entry :) ]

advanced entry utk hari kelahiran esk a.k.a hari tumbesaran *makin besar da ko ek jah* :) angka pada umur makin b'tambah lagi buat sekian kali nya.Seperti tahun-tahun yang lepas, pada aku hari ulangtahun kelahiran adalah sama seperti hari yang biasa aku lalui. Tiada bezanya walaupun umur aku kian meningkat.

Dalam hidup ini aku hanya pernah beberapa kali sahaja dapat merasai ‘hari penting’ ini apabila ia disambut sederhana dengan kek serta diberikan hadiah oleh keluarga. Tapi waktu aku kecil la, dah besar-besar macam ni dah xde. Tak apa, yg penting ada org ingat pn da kira b'syukur *itupn kalau ada yg ingat la kn*, kalau xde ko duk senyap-senyap je ok :p.

apa-apa pn nk buat ucapan sikit sempena hari kebesaran :)
  • terima kasih ALLAH kerana masih memanjangkan usia ku untuk hidup d'atas bumi ini...dan aku berharap agar dgn pertambahan usia ini agar lebih mematangkan diri aku untuk menjadi manusia yang lebih baik dan sempurna di masa akan datang...
  • terima kasih untuk UMI yg melahirkan aku ke dunia ni, tak lupa juga kepada ABAH yang siang malam bekerja keras untuk membesarkan aku dan adik-beradik yang lain.
  • terima kasih untuk my siblings, ANGAH, ALANG, ANIP, INTAN, HAZIM, HUSNI, HAZIQ & BABY coz sabar melayan perangai xmatang akak sulung korang nie.
  • to MUHAMMAD FAYYADH NADHMI, kamu merupakan anugerah terindah dr ALLAH.
  • Kepada para sahabat, saudara-mara dan kawan-kawan sejak aku pra sekolah hinggalah kini, terima kasih kerana sudi menceriakan hidup aku selama ini. Terima kasih kerana sudi hidup susah senang dengan aku. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku dan melayan karenah aku.

Thursday, December 22, 2011

let bygones be bygones..


kata org jangan d'ingat lagi perkara yg lepas * let bygones be bygones* tp sebenarnya itu semua tidak semudah yang d'sangka.

malam td dpt kol dr 1 of my bff masa belajar dulu, dr suara dia da tau dia ngah sedih n mcm biasa aku adalah salah sorang pendengar yg setia n merangkap caunselor xbertauliah untuk kengkawan seangkatan walau pn diri sendiri xbermotivasi :) sebenarnya mmg dapat agak dr awl lagi knp si dia bersedih. ini semua kerana kisah percintaan nya yg agak tragis suatu ketika dahulu & yg paling ironi nya kisah kami ada persamaan.

antara bait-bait perbualan d'telefon yg xberapa nk mahal ::
me :: ko kenapa?? nie mesti sbb en.no name tu kn?
kawan :: ha ah..
me :: aku da agak da..ko tgk gambar dia kt fb ek?
kawan :: ha ah..aku tgk gambar dia & anak dia kt fb..
me :: sape suruh ko gatal tgn..da banyak kali ckp jgn kn.
kawan :: aku bkn jeles tp sedih dgn diri sendiri sbb dia da bahagia dgn family dia but aku still mcm nie.
me :: aku paham apa yg ko rasa.

Berkenalan dengan orang lain, bersahabat dengan orang lain, berkawan dengan orang lain, bercinta dengan orang lain,akhirnya berkahwin dengan orang lain’. itulah yg terjadi pada kami. Tp kisah my bff lagi tragis coz d'org da berkawan dlm jangka masa yg lama b'tahun-tahun lamanya. Sudah merancang untuk bersama ke akhirnya tp semua itu tidak terjadi seperti yg d'rancang. Kadangkala, aku sendiri rasa takut untuk membuat keputusan hidup. Bimbang lain yang dibuat lain yang jadinya.

Oleh kerana jodoh ini adalah urusan ALLAH, maka manusia disuruh agar berusaha terlebih dahulu kemudian menerima segala percaturan yang telah ditetapkan. Mungkin pada masa kita menerima ketentuan itu agak sukar untuk kita menerima hakikat yang ada, sebaliknya kita mungkin akan menyedari selepas kita beroleh manfaat daripada takdir tersebut.
Firman ALLAH dalam Surah AL-Imran:
‘Boleh jadi kamu tidak suka akan sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu, boleh jadi kamu suka akan sesuatu sedangkan ia tidak baik bagi kamu. Dan ALLAH lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui’

Mmg kita tidak akan sangka dgn apa yg ALLAH S.W.T tentukan untuk kita, tp percayalah semua ketentuan ALLAH itu ada kebaikan & rahsia nya tersendiri.

“pergi sini, orang bicara tentang kahwin. Pergi sana, tentang kahwin lagi. Kawan-kawan baik kebanyakan nya semua sudah bertunang & berkahwin. Peer pressure!” Jujur. Walaupun penuh emosi, namun hanya luahan perasaan tanpa kesesalan.


Tuesday, December 20, 2011

hanya kawan??

BOLEHKAH LELAKI & PEREMPUAN MENJADI "KAWAN"?


Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada diantara mereka sesuai dijadikan kawan. Apabila kita bercakap tentang apa pn problem kita pada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Mesti korang pn ada kawan lelaki mcm tu kn *cpt ngaku btl x?* :)

Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah faham ok ;). Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.

Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? ini agak rumit ok. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya.Kelakar, tetapi aku sendiri x dapat menjelaskannya.

Thursday, December 8, 2011

rasa itu...


rasa puas, gembira, berbaloi-baloi & banyak lg la rasa bila dpt m'gunakan duit dr hasil titik peluh sendiri utk membeli barang keperluan sendiri & membayar bil o hutang2 yg tertunggak :) b4 nie kalau nak apa-apa mintak je kt en.abah & en.abah akan sedaya upaya utk memberikan yg terbaik. baru la terasa mcm mana susah nya bekerja n utk mencari duit *lepas nie sila berjimat-cermat jgn boros* & rasa pergorbanan en.abah n pn.umi melaburkan duit mereka utk membesarkan kami adk beradik sangat la besarnya...*i luv u both so muccchhhh*

Tuesday, December 6, 2011

[ombak rindu..]

akhirnya dpt jgk p tgk movie ombak rindu w'pn agak lewat sikit, x tenang rasa nya selagi xdpt tgk :). kt fb, twitter o blog sume ckp sal cite tu je.. lg pn mmg da baca novel dia dulu masa zaman sekolah, cerita nya mmg sngt terbaik, sambungan dia CINTA TIADA AKHIRNYA & RINDU CINTAKU pn aku da baca. al-maklum la dulu masa sekolah kaki novel, sekarang pn sama. sebenarnya xletak high expectation pn ngan movie nie coz takut jd macam cite nur kasih, excited je nk tgk tp rupanya tdk seperti yg d'sangka.. untuk ombak rindu mmg xd'sangka-sangka, mmg best & meruntun jiwa wanita saya :)

[redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah]

sinopsis ombak rindu ::

Friday, December 2, 2011

sensitif ke aku??


JANGAN mudah melenting atau cepat melatah andai wanita yang anda kenali sebagai seorang yang sabar atau periang boleh berubah emosinya secara tiba-tiba. Perubahan ini mungkin menyebabkan mereka menjadi seorang yang begitu sensitif, mudah marah, cepat tersinggung atau sebagainya.Tidak kira siapa pun wanita terbabit sama ada ibu, kakak, adik, isteri, teman wanita, bahkan yang bergelar nenek sekalipun boleh mengalami perubahan emosi seumpama ini.Hakikatnya ialah bukan mudah menjadi seorang wanita. Namun, inilah yang harus dilalui oleh wanita dalam meniti setiap fasa kehidupan mereka.

Bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas, terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yang harus dilalui oleh seseorang wanita.

Pakar perunding obstetrik dan ginekologi di sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, perubahan ini biasanya tidak disedari oleh ramai wanita.Sebaliknya, ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan wanita terutama pasangan mereka.Menurut beliau, salah satu aspek yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian besar wanita, mahupun mereka yang berada di sekelilingnya, ialah emosi seseorang wanita.

``Ini kerana emosi dan perasaan seseorang wanita banyak dipengaruhi
oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.

``Bagaimanapun, para penyelidik masih dalam kajian mencari punca mengapa wanita begitu mudah terdedah pada perubahan emosi,'' katanya.


Dr. Suraya memberitahu, emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon tubuh mereka.Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormon estrogen dan progesteron.

Thursday, December 1, 2011

december again...

december kembali lagi..that's mean suda ujung taun n xlama lg suda mau msk taun baru..t'rasa begitu pantas masa berlalu..taun dpn umur pn da makin meningkat, suda mau suku abad *terasa tua*. tp rasa banyak lg perkara yg masih blm t'capai & d'capai..

wishlist utk taun depan (mcm awl x nk buat wishlist nie ;))
  • mencari pekerjaan tetap.
  • mahu memliki aset sendiri (kereta)
  • ingin memberi sedikit dr duit gaji kepada kedua ibu bapa (setiap bulan)
  • last but not least - ingin menamatkan zaman bujang..hehehe :)) (mcm la ko da ada calon kn..huh)
p/s ::memujuk hati sendiri...