CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 20, 2011

hanya kawan??

BOLEHKAH LELAKI & PEREMPUAN MENJADI "KAWAN"?


Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada diantara mereka sesuai dijadikan kawan. Apabila kita bercakap tentang apa pn problem kita pada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Mesti korang pn ada kawan lelaki mcm tu kn *cpt ngaku btl x?* :)

Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah faham ok ;). Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.

Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? ini agak rumit ok. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya.Kelakar, tetapi aku sendiri x dapat menjelaskannya.


Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan kamu-kamu semua perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? aku selalu percayakan kata hati. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah cinta.

Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang saya, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.

Ada satu lagi jenis, anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. Ini adalah kategori yang sukar. Mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? Kedua-duanya akan membuatkan anda buntu.

Jika anda jenis yang berani, aku cadangkan anda mengaku sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan merasa lega apabila mengetahui apa yang anda patut tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda, sekurang-kurangnya anda tahu. Jika itu berlaku, saya cadangkan anda teruskan hidup selepas sesi pengakuan yang telah membuatkan anda rasa janggal. Pandang ke hadapan, jadilah gadis yang kuat dan teruskan hidup. Sebaliknya bagi aku, secara peribadinya aku akan menolak pilihan ini.

Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki?  Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.

p/s :: d hot fm hari nie memilih antara kekasih, kawan baik & pilihan keluarga.

1 comment:

:: Into The New World :: said...

sy ada sorg kwn baik lelaki..
dulu masa sekolah sy minat dye tp
bila jumpa mesti gaduh.. haha
then, after SPM baru laa baik..tu pom kt FB.. and skrg kitorg sekadar kwn baik and dye tahu sy penah suka dye..