CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 6, 2011

[ombak rindu..]

akhirnya dpt jgk p tgk movie ombak rindu w'pn agak lewat sikit, x tenang rasa nya selagi xdpt tgk :). kt fb, twitter o blog sume ckp sal cite tu je.. lg pn mmg da baca novel dia dulu masa zaman sekolah, cerita nya mmg sngt terbaik, sambungan dia CINTA TIADA AKHIRNYA & RINDU CINTAKU pn aku da baca. al-maklum la dulu masa sekolah kaki novel, sekarang pn sama. sebenarnya xletak high expectation pn ngan movie nie coz takut jd macam cite nur kasih, excited je nk tgk tp rupanya tdk seperti yg d'sangka.. untuk ombak rindu mmg xd'sangka-sangka, mmg best & meruntun jiwa wanita saya :)

[redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah]

sinopsis ombak rindu ::

filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

p/s:: kalau bicara hati buat movie mesti best jgk n sila ambk aaron aziz jd hero lg :)

6 comments:

Mrs. Amad said...

hmmm..sy ske skrip yg ni..mmg betul..redho tu ikhlas,pasrah tu menyerah.kdg2 kte sll confuse kte redho ke pasrah.

♥AienNajwa♥ said...

mesti nanges kan???..(^____^)..i nak tngok nanti..sebab belum tgok..hukhuk..pixc kat atas tu fullammak memang romantik !! ~~ =)

Nora Karim said...

ala... jelesnya... tak berkesempatan tgk lagi.. :-(

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

alaa..nape sume cite psl ombak rindu nie..grrrr~

shedameor said...

super awesome kan cite ni ? best sangat :)

cikladybird said...

Yatt smpai skrang x dpt tgk2 lg...hua..hua..