CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 28, 2012

ALREADY 25

advanced entry untuk esok ;) 29 Disember 2012 genap lah tuan badan b'usia 25 tahun..Tahun 2012 mmg banyak m'berikan moment t'indah, tp dalam t'indah itu ada juga yg kelam nya :) normal la kn tidak semuanya indah..


  • Syukur alhamdullilah d'beri kesempatan oleh Allah S.W.T untuk b'nafas sehingga ke saat ini..
  • Syukur alhamdullilah d'beri kesempatan untuk b'bakti kepada kedua orang tua En.Hazmi & Pn.Haizan..Thankz to both of u..Hanya Tuhan saje yg boleh membalas jasa kalian dalam tempoh masa m'besarkan along..
  • to my lovely siblings angah,zira,anip,intan, hazim,cuni,haziq & baby, xlupa juga untuk adik ipar farid n anak buah t'sayang fayyadh nadhmi, sayang kamu-kamu semua..korang-korang m'ceriakan hari-hari akak sulung nie ;)
  • untuk kawan-kawan t'rapat yg sentiasa ada d'sisi, terima kasih sangat-sangat..
  • Target 2013 adalah untuk mendirikan rumah tangga..hehe tp skrng tangga nya pn blm nampak bayang lg..mohon doa-doa dr semua ;) actually dulu-dulu impian nk kawin pd umur 25 & pd tarikh 29 disember tp apakan daya kita hanya merancang..ALLAH knows the best for us..
  • Semoga tahun 2013 d'murahkan rezeki d'dalam segala hal terutamanya pekerjaan, mengharapkan pekerjaan tetap..
Semoga apa yang aku impikan akan tercapai. Moga apa yang aku usahakan akan berhasil. Moga Allah memberikan aku ‘nur’ keredhaanNya dan semoga aku dapat berubah kepada seorang yang lebih baik. Amin~





Penutup untuk tahun 2012..thankz 2012 coz give me a lot of lesson :)

a new beginning, a new chapter of my life, 2013

Monday, December 10, 2012

d'landa musibah :'(

mengharapkan disember kali ini akan b'lalu dengan baik sekali tetapi itu hanya rancangan kita tapi tuhan yang menentukan segala nya..dugaan o musibah tu kalau nak datang xde bagi hint kan, so kita mmg kena sentiasa bersedia dgn apa pn yg akan t'jadi..last friday, my friend n i involved in an accident, tapi time tu bukan saya la yg drive, mmbr yg drive..kereta & moto..sangat-sangat b'syukur akak & abg yg naik moto tu xde apa cuma luka ringan je dan kami juga tiada apa cuma gangguan emosi sahaja..tetapi pengalaman t'sebut sedikit sebanyak membuatkan saya takut balik tuk drive sendiri..huhu

sedikit sebanyak selepas dr kejadian itu t'rasa betapa perlunya lelaki d'dalam hidup ini, coz cara pemikiran lelaki n perempuan dlm m'yelesaikan masalah nie b'lainan..thankz untuk kwn-kwn yg dtg membantu..



p/s :: d'harapkan abg-abg, kakak-kakak, adik-adik, pakcik-pakcik, makcik-makcik jika memandu tu haruslah berhati-hati dan ikut lah undang-undang yg telah d'tetapkan :)

Thursday, December 6, 2012

entry disember ;)

da lama sangat rasanya x update entry baru..banyak benda sebenarnya nak cita tp tiada masa yg sesuai untuk jari jemari runcing ini untuk menaip..hehe pejam celik pejam celik disember datang lagi..tahun 2012 hampir menutup tirainya dan 2013 bakal  menyusul..akhir-akhir tahun makin nie ramai kawan-kawan seangkatan yg telah b'tukar tittle, congratz & happy for all of u, doa-doa kan la saya akan m'ikut jejak langkah anda semua :D da penat jgk sbnr nya nie menunggu mr.right yg x kunjung-kunjung tiba tp harus sabar kan, ALLAH knows the best for me ;) and one more things for one of my friend dat i consider my close friend o best friend, congratz for ur engagement..dan secara jujur nya saya sedikit terasa hati kerana anda merahsiakan nya dari saya, even tho mmg ada org kata b'tunang itu tidak patut d'hebahkan but i think if u consider i one of ur friend x salah kot kalau nk cite kan..but it's ok, apa-apa pn semoga the next stage b'jalan dgn lancar..

alhamdullilah, bulan disember d'mulai dgn berita gembira coz dpt renew contract kerja lagi, but the sad thing member yg sebilik sebelum nie xdapat nk renew contract dan saya kembali b'seorangan tanpa teman bekerja & teman b'borak..huhu (alone again a.k.a forever alone ;p)

impian sebelum muncul nya tahun 2013 ;)




Thursday, October 18, 2012

temporary thoughts and feelings..

When will it be my turn to run into the one for me? Sometimes I feel like I’ve already come across the one for me, but then again it can’t be true. In order for it to be true, both him and I have to have mutual feelings towards each other right? I really just don’t know anymore. I’m usually content nowadays being independent and how I am right now, but sometimes being alone really hurts. I know I’m still young and I have my future ahead of me to worry about instead of thinking about such a trivial topic.. but I really miss being in a relationship sometimes. I miss putting my effort into making a significant other happy. I know that all of my past efforts into significant others have failed to meet their standards, but I’m starting to fear that I won’t remember how to do such things again. I’ve been trying so hard to be independent, and most of the time it’s been successful, but times like these make me really think that I’ve gone no where with my efforts. 


How to deal with temporary feelings?

It's never easy to deal with it. Nak halau perasaan yang dah sebati dengan jiwa is too hard to do. Trying to knowing someone else it's not a good way because you already have a crush on him. And you can only see him in someone else eyes.But.. it’s okay. These are just temporary thoughts and feelings of mine. All of this will only build up to the best I can be for myself and the next person who comes along. :) Biarkan sahaja temporary feelings ini dalam hati kau. Lama lama nanti when times goes, it will gone. Dah nama pun temporary. It will gone sooner or later.

Mmg sukar rasanya bila kita ada perasaan t'suka o t'minat dgn some1 yg tidak sepatutnya, for the example b'kawan dgn sesorang yg suda memiliki someone special in their life..pada mulanya mmg sekadar hanya ingin b'kawan but when the friendship it is too long and has become a closely, the other feeling comes.Sangat-sangat b'harap ini semua hanyalah temporary dan bukan permanent..


Tuesday, October 16, 2012

suka suki with my buddies ;)

last weekend b'holiday b'sama my buddies di pulau pangkor. percutian ini hanya itu golongan single-single aje ok..hehe time muda remaja @ single nie aje la yg bnyk masa nk together-gether ngan kengkawan kn.nnt bila da kawin sure susah da nk keluar b'cuti sama-sama..kalau da kawin nnt mst nk g holiday ngan husband dia je kn ;p

14.10.2012 (Ahad)

Gerak dr rumah pkl 6.30 pg, gerak awal smpi awl kn :D

time nie benti jap coz masing-masing kelaparan..b'fast cekodok pisang et + sambak hitam ros a.k.a ikan :p


 naik feri kt jeti lumut :)

sampai kt pangkor ktorg sewa moto,nk naik teksi mcm xberbaloi je..kalau sewa moto ptg-ptg blh jln-jln naik moto pusing pangkor tgk keindahan alam semesta..hehe tp kn tgk la helmet nya tu mcm apek jual sayur..haha 

 selepas melakukan aktiviti snorkelling & island hopping..b'ronok-ronok kami dpt tgk ikan..hehe

15.10.2012 (Isnin)








pagi-pagi bangun hirup udara segar laut..sangat nyaman :) 


masa untuk pulang..

percutian yg sangat happening b'sama mereka-mereka :)

FRIENDS BY HEART
SISTERS BY SOUL..

thankz to ALLAH S.W.T kerana m'anugerahkan mereka-mereka ini untuk m'ceriakan hari-hari saya :)

Tuesday, October 2, 2012

hujung minggu b'sama cikgu sekolah ;)

maksud tittle entry mcm rombongan sekolah bersama cikgu-cekgi..hehe hujung minggu yg t'sangat la happening nya dan d'penuhi gelak ketawa sepanjang masa..siapa sangka sekarang boleh together-gether dgn cikgu yang dahulu nya t'sangat la garang..jujur cakap time sekolah dulu bila masa subjek Bahasa Melayu je trs rasa seram sejuk sbb takut, lagi t'seksa jiwa raga bila time Bahasa Melayu penulisan, lama wooooo rasanya nk tunggu sampai abis waktu..Lagi satu cikgu garang nie merangkap warden asrama dan aku salah seorang penghuni asrama, bila time buat kerja-kerja ponteng prep, ponteng g surau, ponteng g latihan sukan ponteng sekolah mst kantoi punya dgn cikgu nie, x tau berapa banyak kali da la kena denda tu kn..hehe but times flies too fast, da 8 tahun meninggalkan zaman sekolah..Cikgu Intan da x garang macam zaman sekolah dulu ;) happening bila b'sama beliau..banyak nasihat dan pesanan yg d'berikan..thankz cikgu :)



Sabtu petang berjalan-jalan ke Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara, p tgk Pertandingan Caklempong & Gamelan SBP..tgk bdk-bdk sekolah yg b'semangat kalau ada pertandingan2 mcm nie, t'ingat zaman sekolah dlu..#brassband dlm ingatan ;)

Aktiviti b'karaoke d'malam minggu dan m'raikan besday girl...hehe

Menghadirkan diri di kenduri kahwin yg b'langsung d'rumah bakal adik ipar cikgu..sambil-sambil nk meluaskan pandangan bak kata cikgu..hehe

Tuesday, September 18, 2012

"Bila Nak Kahwin.."

Pada saat usia mencecah alam dewasa, pastinya persoalan jodoh merupakan salah satu perkara yang amat mengusutkan fikiran kita. Soalan-soalan yang dilontarkan oleh insan sekeliling biarpun secara gurauan terasa sangat menyentap perasaan. Bila berseorangan, kita rasa kurang keyakinan, rasa serba kekurangan, malu dan tertekan...
Ketika berkumpul bersama kawan-kawan, ramai antara mereka yang sudah menimang cahaya mata, sedangkan kita hanya mampu memandang dan bermonolog dalam hati, "Bilakah waktunya untuk aku mengalaminya juga..." Hati rasa lebih tersentuh apabila ibu dan ayah kita memeluk dan mencium anak orang lain. Kita faham itu petandanya mereka sangat mendambakan cucu mereka sendiri...
Tapi itu semua kehendak Allah, bukan kehendak kita. Tiada siapa pun dalam dunia ini yang mahu hidup berseorangan. Namun kita harus akur dengan takdir Allah yang masih belum mengizinkan kita untuk bertemu jodoh. Kita harus berikhtiar, bersabar dan jangan sesekali berputus asa. Kerana jodoh itu rahsia Allah. Bila, siapa, di mana dan bagaimana, itu semua hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Dalam menghadapi saat ini, usahlah diturutkan sangat dengan tekanan perasaan dek sindiran insan sekeliling. Tapi cubalah ikhtiar dan muhasabah diri kita. Adakah sudah cukup usaha dan ikhtiar kita dalam mencari jodoh? Adakah kita pernah minta pada Allah supaya diringankan jodoh pada setiap kali sujud kepadaNya? Berapa kali kita bangun dan bersolat hajat pada malam hari memohon dipermudahkan jodoh? Pernahkah kita solat sunat Dhuha, memohon limpahan rezeki berupa jodoh yang baik dan keluarga yang sakinah? Berapa kali kita solat taubat, memohon keampunan agar doa kita untuk mendapat jodoh tidak terhalang disebabkan dosa-dosa silam kita? Dan cukupkah ikhtiar kita dengan solat istikharah agar tidak terburu-buru membuat keputusan dan pilihan hanya kerana terdesak?
Selain itu, cuba kita muhasabah diri kita. Adakah ikhtiar kita selama ini menepati syariat yang digariskan oleh Allah? Adakah kita sudah menahan diri daripada bergaul bebas dengan mereka yang bukan mahram? Adakah kita sudah menjaga diri daripada berhias berlebih-lebihan hanya untuk menarik perhatian kaum lelaki? Seandainya sudah menepati syariat tapi masih gagal, redha dan yakinlah bahawa Allah telah merancang yang terbaik buat kita. Teruskan usaha dan bersabarlah...
Namun di sebalik ikhtiar dan kesabaran, kita juga haruslah mengkaji apakah hikmahnya ujian Allah terhadap kita yang lambat jodoh. Mungkin kita hanya memandang kelebihan orang yang cepat jodoh; dapat menjadi ibu dan bapa lebih awal dan dapat melaksanakan sunnah lebih awal. Tapi sedarkah kita yang lambat jodoh masih juga punya kelebihan? Saat inilah masanya untuk kita berbakti kepada ibu bapa kita. Bila kita sudah berumahtangga, keadaan mungkin berbeza kerana terpaksa membahagi masa untuk keluarga sendiri dan juga untuk ibu bapa. Saat ini jugalah masanya untuk kita menimba ilmu sebanyak-banyaknya. Dalami ilmu agama, ilmu untuk menguruskan rumahtangga dan ilmu untuk mendidik anak-anak agar kita lebih bersedia apabila tiba saatnya nanti.
Akhir sekali, usahlah bersedih hati. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jaga iman dan hati agar tidak tertipu dengan hasutan nafsu. Jaga maruah seorang wanita; jangan sampai nasibnya menjadi seperti epal yang masak ranum di puncak pohon, tapi akhirnya gugur ke bumi lalu membusuk dan tidak berguna hanya kerana tiada yang sudi memetiknya...

credit :: iluvislam
stickyNote :: makin merasa tekanan bila d'aju soalan-soalan itu..untuk makluman mereka-mereka saya tiada jawapan nya..


Wednesday, September 12, 2012

a lot of 'perkara' happened..

sudah lama rasa nya meninggalkan blog ini tanpa update t’baru, curi-curi masa sikit dtg jenguk-jenguk blog yg da b’sawang nie ;p minggu-minggu kebelakangan nie t’lalu banyak perkara yg t’jadi ..start cuti hari merdeka  30.08.2012 ari tu p penang untuk menghadirkan diri ke majlis tunang my BFF masa belajar di utem melaka dulu, congratz my frenz ;)



doakan aku mengikuti jejak langkahmu ;p

kami b'dua yang setia menemani cik tunang pd hari kejadian :)

but while I still in penang 01.09.2012, satu berita yang mengejutkan telah d’terima..ayah kepada adik ipar saya telah meninggal dunia akibat excident..adik ipar saya tu saya da anggap seperti adik saya sendiri dan ayah nya juga saya telah anggap seperti ayah sendiri..perkara yang sangat-sangat tidak d’sangka.sangat sedih rasa nya bila saya tidak sempat untuk melihatnya untuk kali terakhir :’( tp sebagai umat islam yg percayakan qada & qadar kita kena redha..

arwah b'baju putih..gambar kenangan seminggu sebelum arwah pergi..time nie abah mintak nk b'gambar  dgn besan nya untuk simpan buat kenang-kenangan..mmg btl untuk kami buat sebagai simpanan hingga akhirnya..untuk adik ipar saya Farid bin Azmi, along harap kamu banyak kn b'sabar dan kuat semangat, pemergian org yg t'syg secara mengejut mmg amat sukar untuk d'terima..kita sama-sama doakan semoga roh arwah d'cucuri rahmat ALLAH S.W.T

Tuesday, August 28, 2012

rayaku rayamu jua ;)

dis year t'rasa sangat meriah nya b'hari raya, lagi-lagi dapat beraya dgn c debab a.k.a anak buah kesayangan..teruja nk tgk dia pki bj melayu pagi-pagi raya :) pilihan colour tema tuk taun nie kuning, colour favourite..taun nie first year utk memberi *duit raya* bkn lg menerima, itu la kalau namanya da dewasa..hehe 
raya pertama menghabiskan masa ke rumah sedara-mara t'dekat, raya kedua ddk d'rumah saje..raya ketiga b'raya ke rumah teman-teman tp yg sedih nya makin taun makin b'kurang ahli jemaah..sedih sungguh rasanya, maklum la kengkawan da ramai yg ada family sendiri..raya ke-empat ke kolumpo b'raya di rumah sedara-mara adik ipar, raya ke-lima sibuk-sibuk d'rumah untuk menyambut ulangtahun 1st year my little sweetheart tu, 1 tahun da dia, sekejap je rasa nya..cuti raya tahun nie mmg sngt b'makna..hehe ;)

kekuningan je kami kan :)

 pertambahan ahli keluarga baru ;) taun dpn mayb b'tambah lg kot..hehe



jalan-jalan plan nk kutip duit raya, tp malang nya non ada..hehe


4 syawal ;)

someone dtg rumah b'raya tahun nie, kalau segala nya sudah t'tulis tiada siapa dpt menghalang nya..wait n see ;)

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)


especially for my lovely frenz, tiqah, ros, are-da, meg, min, et, yuyu, eda, dayah, pka, nadia, dilah, echa, dot, aziati, zun, farah n rakan-rakan seperjuangan yg lain, rakan-rakan blogger & last but not least for my pacik a.k.a akil :)

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada....

===== Mohon Maaf Zahir dan Batin ====== 



Thursday, August 9, 2012

peringatan untuk kita-kita semua..

terjumpa entry yg agak mencuri tumpuan & perhatian di blog cik fatin liyana yg cute :) dan terus rasa nk share kt sini..

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor. 

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


p/s :: realiti hidup, tidak semua perkara itu membahagiakan kita..

Monday, July 23, 2012

sendiri itu terapi..


Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.

Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.

Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.

Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.

Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.

Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...

Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.

Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah.


Allah SWT berfirman:

"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)

Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."

(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :)

Wallahualam...

tp kalau bulan-bulan pose nie b'sahur n b'buka sorang2 rasa sedih jgk ;)

credit :: iluvislam

Wednesday, July 18, 2012

berpicnic di hujung minggu ;)

last weekend aku & kengkawan yg seangkatan melakukan aktiviti mandi manda di air terjun ;) Sebenarnya sepanjang-panjang perjalanan menuju ke Ulu Yam tu banyak sangat lokasi yg cantik-cantik untuk melakukan riadah d hujung minggu but kami sepakat untuk memilih lokasi Hutan Lipur Sg.Sendat, Ulu Yam,Selangor ;)..

tikar, surat khabar sume lupa nk bwk dan akhirnya menggunakan apa yg ada je dlm kete..kertas manjung je yg ada..hehe blh la kn dr xde ;p


Monday, July 9, 2012

saling berkata-kata..

tersangat lah rimasnya berada d'kalangan manusia-manusia yg mengata antara satu sama lain..dan tersangat lah bosan nya untuk menadah telinga bila mereka saling mengata antara satu sama lain..tidak tahu yang mana satu bercakap benar dan mana satu yang bercakap benar..akhirnya tidak d'antara mereka pn yang saya percayakan dan sifat begitu hanya membuatkan saya berasa jelik a.k.a menyampah 'seriously'...hanya menjadi pemerhati di antara mereka.tp sedarlah bahawa kata-kata itu lebih tajam dr mata pedang dan jagalah kata-kata yg keluar dr mulut anda masing-masing, kerana ia mungkin akan menjerat diri anda sendiri..harap maklum..

pesanan penaja::

God gave us two gifts; one is choice, second is chance.. the choice of a good life and the chance to make it the best :) ♥

Monday, July 2, 2012

impian sepanjang hayat..

semua orang dalam hidup ini punya impian masing-masing. sejak dari kecil lg parents kita sudah tanamkan dalam diri masing-masing impian yang ingin kita kecapi bila dewasa kelak.Soalan lazim.. “Nanti bila da besar nak jadi apaaa??” Maka kita mulalah berangan-angan berdasarkan pemerhatian di sekeliling nak jadi doktor lah, engineer lah, arkitek lah, lawyer lah.

Dulu masa sekolah impian nya nak masuk universiti n nk rasa mcm mana perasaan g ambk scroll ats pentas lps tu ambik gambar baling-baling topi 4 segi tu..alhamdullilah impian itu tercapai.


lps keluar universiti impian nya nak mendapat kan pekerjaan supaya dpt bls jasa umi&abah, xbanyak pn sikit jadi la kn..alhamdullilah tercapai juga walaupun sekarang hanya kerja sambilan tapi da merasa bagi hasil titik peluh sendiri pada umi&abah ;)

masa bekerja impian nk kumpul aset sendiri pula, walaupun rasanya sekarang status pekerjaan masih tidak stabil tp alhamdullilah impian untuk memiliki kenderaan sendiri tercapai jua.


impian terkini adalah untuk mengikut jejak rakan-rakan seperjuangan:) a.k.a memiliki en.suami untuk melindungi isterinya ;)


impian yang dijangka bila suda berumahtangga adalah untuk memiliki baby-baby yg comel..



hidup kita ini hanya sekali, dan tentunya hanya ada one chance untuk kita lakukan segala apa yang kita impikan.. dream what you want to dream, and be what you want to be.. dan ingatlah dreams are what make the future..

hope all my dreams comes true ;) amin...

Thursday, June 28, 2012

alhamdullilah :)

alhamdullilah..syukur bertarikh 270612 one of my wishlist to have my own car comes true :) tapi yang syahdu nya saya tidak beberapa berani lagi untuk drive dengan sendirinya, walaupun suda hampir 5 tahun memiliki lesen memandu..hehe :) lepas nie harus mencari personal teacher untuk membantu  :D


notes :: doakan saya selepas ini akan mendapat permanent work :) lagi bersyukur kalau dapat keje gomen ;)

my blog my diary and i wish to write every single moment in my life in this blog :) *mana tau bila tua-tua nnt blh baca blk kn :)*

Wednesday, June 20, 2012

[..ujian sepanjang hayat..]

Menghadapi sesuatu ujian atau masalah kadangkala memeritkan, apatah lagi jika ia datang secara tidak diduga serta bertimpa-timpa.Sesaknya dada dalam menghadapi ujian dan masalah itu hanya Allah yang tahu, sementara manusia di sekeliling hanya mampu memberi kata-kata nasihat untuk terus bertahan.

Ujian atau musibah ini dilihat tidak lain dan tidak bukan sebagai masalah yang perlu dihadapi manusia dalam kehidupan. Manusia dilihat terlalu sinonim dengan masalah.



Pendek kata, masalah menjadi rakan karib yang sentiasa menemaninya dalam setiap fasa kehidupannya. Bermula daripada saat dilahirkan di dunia, seorang bayi berdepan masalah untuk berkomunikasi.

Yang mampu dilakukan bayi adalah menangis bagi menunjukkan ekspresi terhadap ‘masalah’ dihadapi seperti lapar atau tidak selesa.

Memasuki fasa kanak-kanak pula, masalah yang mungkin dirasakan besar tentunya datang daripada sekolah, tidak kira sama ada berpunca daripada pelajaran atau rakan. Hinggalah ke peringkat usia selanjutnya, terutama apabila memasuki fasa kehidupan remaja.

Cabaran dan ujian pastinya datang daripada rasa jiwa remaja yang ‘memberontak’ ketika diri masih tercari-cari hala tuju dalam sebuah kehidupan.

Tidak kurang juga ujian dan tekanan dalam menggalas harapan menggunung ibu bapa untuk berjaya dalam alam persekolahan.

Ujian dan masalah kemudian menjengah pula apabila mula memasuki alam dewasa. Fasa ini dilihat paling kritikal kerana seseorang manusia perlu mula mencongak dan melukis jalan kehidupan yang bakal dilalui.

Ini termasuk soal pekerjaan, perkahwinan, menguruskan ibu bapa yang uzur, menjaga dan mendidik anak dan banyak lagi hinggalah seseorang itu tiba ke alam ‘senja’.

Wednesday, June 13, 2012

mari b'pantang ;)

mengikut perkiraan saya tahun ini dan tahun depan merupakan tahun yg sangat digemari oleh rakan-rakan sebaya untuk menamatkan zaman bujang masing-masing :) kalau ikut cakap org-org tua mmg banyak pantang larang untuk bakal-bakal pengantin nie cuma zaman sekarang nie mayb da ramai yg x ikut o ada jgk yg xpernah tahu langsung tentang benda-benda lah nie, al-maklum zaman suda moden..hehe

Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda-anda semua untuk menilainya ;). Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya. Berikut adalah 43 pantang larang untuk bakal pengantin lelaki dan perempuan. Terpulang pada anda untuk mengamalnya atau sebaliknya yer.

1. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

2. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

3. Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

4. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

5. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

6. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

7. Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

8. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

9. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

10. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

11. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

12. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

13. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

14. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

15. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

16. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

17. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

Tuesday, June 5, 2012

craving for pavlova ;)

terjah blog sana sini ada je nampak gambar pavlova nie, tgk dri gambar mmg sangat mengiurkan..dia punya presentation mmg superb ok ;) buah-buahan bertaburan..masa mula-mula dgr nama makanan nie, wow..nama macam makanan org putih, mmg class la kn..hehe org ckp benda alah nie manis sangat, tp saya mmg suka manis-manis nie ;)



kat mana ek nk dapatkan benda alah nie, nk buat sendiri takut tak menjadi..hehe

p/s :: memang terharu sangat la kalau ada insan yg berhati mulia nak belanja kan pavlova :D

Thursday, May 31, 2012

naluri keibuan :)

naluri keibuan sentiasa ada dlm dri s'org wanita itu wlaupun dia blum b'kahwin.. ;) dan aku rasa aku ada naluri itu :D ..muhammad fayyadh nadhmi one of the reason yg buat naluri itu lebih kuat..sejak ada dia aku dapat tahu bagaimana perasaan risau & tak tenang hati seorang ibu bila anak nya menangis kerana sakit atau demam..perasaan teruja atau excited yang amat sangat bila anak itu pandai dalam sesuatu perkara meniarap, merangkak, berjalan, tumbuh gigi dan merasakan setiap hari itu ada kejutan dari nya. bila ada anak, suda tidak kisah bila kena makan cepat-cepat sbb anak menangis, baju basah lenjun lepas mandikan dia walaupun masa tu kita baru je mandi, tahan mengantuk sebab melayan dia bermain, lenguh tangan sebab kena dukung dia yg sangat semangat dalam mall.bila jadi ibu automatik rasa semua ini small the matter, tak kisah pun.walaupun aku bukan ibu kandung nya dan hanya ibu saudara tapi rasa itu tetap ada.



something that makes me happy to see him grow since he was born until now ;)


 buah hati pengarang jantung :)

maklong syg dia sangat :)

Dahulu bila umi selalu cakap 'nanti kau jadi mak kau tahulah macam mana rasanya' aku selalu buat macam xde perasaan. Tapi sekarang, aku dah tahu rasanya macam mana walaupun aku belum kahwin n belum ada anak sendiri. Mungkin ini yang orang panggil "Naluri Keibuan" ;p

impian ingin memiliki anak sendiri, tp mcm xlarat je nk mengapai impian itu ;p tgk mmbr-mmbr yg da kahwin lps tu pregnant comel je..hehe

Wednesday, May 30, 2012

last week yg agak bz ;)

suda lama rasanya tidak menjenguk ke blog tercinta ini ;), sedikit kesibukan minggu lepas n minggu ini. start dr dpt berita adik excident selasa lepas, ingatkan xteruk sangat tp bila tau da sampai kena tahan wad itu haruslah agak teruk kn. hati terus rasa nk balik kampung je, esok nya terus balik kampung :). malam tu kena jadi peneman adik kat hospital, kalau nk ikutkan saya mmg xboleh sangat duk kt hospital lelama, xboleh dgn keadaan n bau ubat-ubatan nya rasa sakit kepala trs..hehe tp nak buat mcm mana adik sendiri kn kena la berkorban.segan kot coz duk dlm wad lelaki, nasib baik time tido tu blh tutup dengan langsir o tirai tu..tapi tidur nya x selesa pn ddk atas kerusi rasa kebas punggung nk tunggu sampai ke pagi :p lps tu sibuk lak coz kena transfer ke hospital kuala lipis satu kerja lagi nk berulang-alik kesana..huhu

sekarang suda berada d'rumah :) doakan supaya dia cepat sembuh sebelum buka sekolah ;)

kesibukan yg ke-2 nie pulak dengan majlis kenduri-kendara kengkawan, ada yg kawin ada yg bertunang..mmg ramai sangat-sangat yg berkahwin minggu lps, mayb tarikh yg sesuai untuk mengawan kot..hehe pagi-pagi b4 keluar g kenduri tu siap-siap tp xbgtau en.abah n pn.umi nk g kenduri kawin kawan coz malas untuk mendengar kata-kata sinis mereka, tp yg pasti akhirnya mereka mesti akan tahu kn bila dorg tanya nk g mana, jwb nk g kawan kahwin lps tu mula la "ko nie asyik pergi kenduri orang je, ko punya kenduri bila lagi...bla...bla..bla...itu yg mls tu,,huhu" tp apa-apa pn dun worry masa itu akan tiba juga tp sebelum itu kena la bersabar kan :)






congratz to nurul syuhada & ismail :) semoga bahagia hingga ke akhir hayat & selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri ;)