CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 2, 2012

beruntunglah saya..

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Allah, sebagai ‘kilang’
manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?Marilah kita berpegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.


Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya…Alhamdulilah. Betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagai seorang wanita, renung-renungkan, dan selamat beramal!

sebelum nie mmg rasa sangat ngeri & takut bila dgr pengalaman-pengalaman ibu mengandung bersalin..trs rasa mcm xnk mengandung & bersalin..hehe tp kalau da kahwin mesti la nk anak kn so kalau nk anak kena jgk melalui proses itu semua xboleh tidak..aku ada sorang adik yg da melalui semua nie, aku sebagai seorang kakak yg masih belum berkahwin mestilah nk tau mcm mana pengalaman nya kn, time kt hospital pn mmg aku la yg menemani dia, dia ckp masa dia bersalin agak senang, sakit pn sekejap je masa org tu nk jahit ( tapi adik aku nie mmg jenis kental, kalau aku yg lemah longlai nie xtau la mcm mana), dgr je perkataan jahit da rasa ngilu..huhu tp dia mmg senang pn msk labour room kol 2.30 pm, kol 3.00 pm da bersalin.. masa dia kt labour room aku pn sekali rasa takut, apa lg suami dia kn..perasaan excited nk tgk anak buah pertama tu mmg xdpt d’gambarkan :)..

 sayang sangat kt budak nie :)

antara blog yg aku baca pasal pengalaman d’org bersalin (takut….hehe) 


2 comments:

Dulu Gadis, Kini Mama said...

pahala dan nikmat menyusukan anak pun besar untuk wanita.

ibu yang menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun setengah dijanjikan syurga. *amin*

cikgu nadia said...

masyaAllah....

wanita ni senang masuk syurga, senang juga masuk neraka...

kita doa yang baik baik aja
insyaAllah