CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 28, 2012

alhamdullilah :)

alhamdullilah..syukur bertarikh 270612 one of my wishlist to have my own car comes true :) tapi yang syahdu nya saya tidak beberapa berani lagi untuk drive dengan sendirinya, walaupun suda hampir 5 tahun memiliki lesen memandu..hehe :) lepas nie harus mencari personal teacher untuk membantu  :D


notes :: doakan saya selepas ini akan mendapat permanent work :) lagi bersyukur kalau dapat keje gomen ;)

my blog my diary and i wish to write every single moment in my life in this blog :) *mana tau bila tua-tua nnt blh baca blk kn :)*

Wednesday, June 20, 2012

[..ujian sepanjang hayat..]

Menghadapi sesuatu ujian atau masalah kadangkala memeritkan, apatah lagi jika ia datang secara tidak diduga serta bertimpa-timpa.Sesaknya dada dalam menghadapi ujian dan masalah itu hanya Allah yang tahu, sementara manusia di sekeliling hanya mampu memberi kata-kata nasihat untuk terus bertahan.

Ujian atau musibah ini dilihat tidak lain dan tidak bukan sebagai masalah yang perlu dihadapi manusia dalam kehidupan. Manusia dilihat terlalu sinonim dengan masalah.



Pendek kata, masalah menjadi rakan karib yang sentiasa menemaninya dalam setiap fasa kehidupannya. Bermula daripada saat dilahirkan di dunia, seorang bayi berdepan masalah untuk berkomunikasi.

Yang mampu dilakukan bayi adalah menangis bagi menunjukkan ekspresi terhadap ‘masalah’ dihadapi seperti lapar atau tidak selesa.

Memasuki fasa kanak-kanak pula, masalah yang mungkin dirasakan besar tentunya datang daripada sekolah, tidak kira sama ada berpunca daripada pelajaran atau rakan. Hinggalah ke peringkat usia selanjutnya, terutama apabila memasuki fasa kehidupan remaja.

Cabaran dan ujian pastinya datang daripada rasa jiwa remaja yang ‘memberontak’ ketika diri masih tercari-cari hala tuju dalam sebuah kehidupan.

Tidak kurang juga ujian dan tekanan dalam menggalas harapan menggunung ibu bapa untuk berjaya dalam alam persekolahan.

Ujian dan masalah kemudian menjengah pula apabila mula memasuki alam dewasa. Fasa ini dilihat paling kritikal kerana seseorang manusia perlu mula mencongak dan melukis jalan kehidupan yang bakal dilalui.

Ini termasuk soal pekerjaan, perkahwinan, menguruskan ibu bapa yang uzur, menjaga dan mendidik anak dan banyak lagi hinggalah seseorang itu tiba ke alam ‘senja’.

Wednesday, June 13, 2012

mari b'pantang ;)

mengikut perkiraan saya tahun ini dan tahun depan merupakan tahun yg sangat digemari oleh rakan-rakan sebaya untuk menamatkan zaman bujang masing-masing :) kalau ikut cakap org-org tua mmg banyak pantang larang untuk bakal-bakal pengantin nie cuma zaman sekarang nie mayb da ramai yg x ikut o ada jgk yg xpernah tahu langsung tentang benda-benda lah nie, al-maklum zaman suda moden..hehe

Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda-anda semua untuk menilainya ;). Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya. Berikut adalah 43 pantang larang untuk bakal pengantin lelaki dan perempuan. Terpulang pada anda untuk mengamalnya atau sebaliknya yer.

1. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

2. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

3. Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

4. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

5. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

6. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

7. Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

8. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

9. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

10. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

11. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

12. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

13. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

14. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

15. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

16. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

17. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

Tuesday, June 5, 2012

craving for pavlova ;)

terjah blog sana sini ada je nampak gambar pavlova nie, tgk dri gambar mmg sangat mengiurkan..dia punya presentation mmg superb ok ;) buah-buahan bertaburan..masa mula-mula dgr nama makanan nie, wow..nama macam makanan org putih, mmg class la kn..hehe org ckp benda alah nie manis sangat, tp saya mmg suka manis-manis nie ;)



kat mana ek nk dapatkan benda alah nie, nk buat sendiri takut tak menjadi..hehe

p/s :: memang terharu sangat la kalau ada insan yg berhati mulia nak belanja kan pavlova :D