CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 23, 2012

sendiri itu terapi..


Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.

Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.

Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.

Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.

Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.

Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...

Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.

Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah.


Allah SWT berfirman:

"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)

Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."

(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :)

Wallahualam...

tp kalau bulan-bulan pose nie b'sahur n b'buka sorang2 rasa sedih jgk ;)

credit :: iluvislam

Wednesday, July 18, 2012

berpicnic di hujung minggu ;)

last weekend aku & kengkawan yg seangkatan melakukan aktiviti mandi manda di air terjun ;) Sebenarnya sepanjang-panjang perjalanan menuju ke Ulu Yam tu banyak sangat lokasi yg cantik-cantik untuk melakukan riadah d hujung minggu but kami sepakat untuk memilih lokasi Hutan Lipur Sg.Sendat, Ulu Yam,Selangor ;)..

tikar, surat khabar sume lupa nk bwk dan akhirnya menggunakan apa yg ada je dlm kete..kertas manjung je yg ada..hehe blh la kn dr xde ;p


Monday, July 9, 2012

saling berkata-kata..

tersangat lah rimasnya berada d'kalangan manusia-manusia yg mengata antara satu sama lain..dan tersangat lah bosan nya untuk menadah telinga bila mereka saling mengata antara satu sama lain..tidak tahu yang mana satu bercakap benar dan mana satu yang bercakap benar..akhirnya tidak d'antara mereka pn yang saya percayakan dan sifat begitu hanya membuatkan saya berasa jelik a.k.a menyampah 'seriously'...hanya menjadi pemerhati di antara mereka.tp sedarlah bahawa kata-kata itu lebih tajam dr mata pedang dan jagalah kata-kata yg keluar dr mulut anda masing-masing, kerana ia mungkin akan menjerat diri anda sendiri..harap maklum..

pesanan penaja::

God gave us two gifts; one is choice, second is chance.. the choice of a good life and the chance to make it the best :) ♥

Monday, July 2, 2012

impian sepanjang hayat..

semua orang dalam hidup ini punya impian masing-masing. sejak dari kecil lg parents kita sudah tanamkan dalam diri masing-masing impian yang ingin kita kecapi bila dewasa kelak.Soalan lazim.. “Nanti bila da besar nak jadi apaaa??” Maka kita mulalah berangan-angan berdasarkan pemerhatian di sekeliling nak jadi doktor lah, engineer lah, arkitek lah, lawyer lah.

Dulu masa sekolah impian nya nak masuk universiti n nk rasa mcm mana perasaan g ambk scroll ats pentas lps tu ambik gambar baling-baling topi 4 segi tu..alhamdullilah impian itu tercapai.


lps keluar universiti impian nya nak mendapat kan pekerjaan supaya dpt bls jasa umi&abah, xbanyak pn sikit jadi la kn..alhamdullilah tercapai juga walaupun sekarang hanya kerja sambilan tapi da merasa bagi hasil titik peluh sendiri pada umi&abah ;)

masa bekerja impian nk kumpul aset sendiri pula, walaupun rasanya sekarang status pekerjaan masih tidak stabil tp alhamdullilah impian untuk memiliki kenderaan sendiri tercapai jua.


impian terkini adalah untuk mengikut jejak rakan-rakan seperjuangan:) a.k.a memiliki en.suami untuk melindungi isterinya ;)


impian yang dijangka bila suda berumahtangga adalah untuk memiliki baby-baby yg comel..



hidup kita ini hanya sekali, dan tentunya hanya ada one chance untuk kita lakukan segala apa yang kita impikan.. dream what you want to dream, and be what you want to be.. dan ingatlah dreams are what make the future..

hope all my dreams comes true ;) amin...