CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 28, 2012

rayaku rayamu jua ;)

dis year t'rasa sangat meriah nya b'hari raya, lagi-lagi dapat beraya dgn c debab a.k.a anak buah kesayangan..teruja nk tgk dia pki bj melayu pagi-pagi raya :) pilihan colour tema tuk taun nie kuning, colour favourite..taun nie first year utk memberi *duit raya* bkn lg menerima, itu la kalau namanya da dewasa..hehe 
raya pertama menghabiskan masa ke rumah sedara-mara t'dekat, raya kedua ddk d'rumah saje..raya ketiga b'raya ke rumah teman-teman tp yg sedih nya makin taun makin b'kurang ahli jemaah..sedih sungguh rasanya, maklum la kengkawan da ramai yg ada family sendiri..raya ke-empat ke kolumpo b'raya di rumah sedara-mara adik ipar, raya ke-lima sibuk-sibuk d'rumah untuk menyambut ulangtahun 1st year my little sweetheart tu, 1 tahun da dia, sekejap je rasa nya..cuti raya tahun nie mmg sngt b'makna..hehe ;)

kekuningan je kami kan :)

 pertambahan ahli keluarga baru ;) taun dpn mayb b'tambah lg kot..hehe



jalan-jalan plan nk kutip duit raya, tp malang nya non ada..hehe


4 syawal ;)

someone dtg rumah b'raya tahun nie, kalau segala nya sudah t'tulis tiada siapa dpt menghalang nya..wait n see ;)

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)


especially for my lovely frenz, tiqah, ros, are-da, meg, min, et, yuyu, eda, dayah, pka, nadia, dilah, echa, dot, aziati, zun, farah n rakan-rakan seperjuangan yg lain, rakan-rakan blogger & last but not least for my pacik a.k.a akil :)

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada....

===== Mohon Maaf Zahir dan Batin ====== 



Thursday, August 9, 2012

peringatan untuk kita-kita semua..

terjumpa entry yg agak mencuri tumpuan & perhatian di blog cik fatin liyana yg cute :) dan terus rasa nk share kt sini..

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor. 

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


p/s :: realiti hidup, tidak semua perkara itu membahagiakan kita..