CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 26, 2013

BFF

bukan senang nak cari kawan yang baik dan bukan senang juga untuk menjadi kawan yang baik.

kawan yang baik adalah orang pertama yang akan d'cari bila tiba masa sedih atau gembira, tempat meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita ;)

dan semoga kita menjadi kawan yang baik!

sangat-sangat b'syukur kerana d'kelilingi kawan-kawan yang baik sejak dari sekolah dan universiti :) eventho da ramai kengkawan yg da b'tukar status dan xboleh nk b'joli-joli sakan sangat seperti zaman single dulu tapi kita tetap kawan baik ok ;)

oleh kerana saya agak pemalu dengan kaum adam so saya xde ramai kawan baik di kalangan lelaki cuma pacik sorang nie je yg sudi nk b'kawan baik dengan macik yg blur nie..thank u so much..x lama lagi pacik da nk kawin jgn lupakan macik ok:)..macik doakan sume perancangan akan b'jalan dengan lancar...amin...


dis video special to o'ls my buddies...sayang korang sume ;)

p/s :: pacik...macik kidnap gambar pacik dr fb..jgn marah ;D

Wednesday, February 20, 2013

bukan rezeki saya lagi...

Kita mampu merancang tapi ketentuan itu Allah yang tentukan. Apa-apa saja yang bukan rezeki kita, tetap tidak akan kita dapat. Wang di dalam poket hanya singgah seketika sahaja sebelum menuju destinasi lain. Makanan di dalam mulut juga boleh jatuh ke tanah dan menjadi rezeki makhluk lain. Kita redha dengan ketentuan Yang Maha Esa bahawa itu bukan rezeki kita. Barangkali itu hanya dugaan yang sangat kecil berbanding orang lain yang lebih hebat dugaan yang mendatang.

Yes I admit there are soooo many things I wanna achieve. Selalu je rasa tak puas hati sebab tak dapat apa yang kita nak. Tapi bila hati tengah tenang, akal boleh berfikir secara waras tanpa dipengaruhi oleh perasaan hati yang tak tentu hala. I'm lucky enough to live this happy life despite all the hardships I've been through.

Tak perlu fikirkan sangat bende yang kita tak dapat, barangkali ada benda lebih baik menanti. Tapi jika sesuatu itu memang milik kita, lambat laun kita akan dapat jua. Sabar, doa, usaha, tawakkal. Sesungguhnya Allah tau apa yang terbaik untuk kita.

Bukan rezeki saya lagi untuk mendapat jawatan tetap di dalam sektor kerajaan, dan bukan rezeki saya lagi untuk b'tunang & b'kahwin :)

Friday, February 8, 2013

setia hujung nyawa..


sape kata jodoh atas pilihan keluarga itu x akan bahagia kan :) mcm zain dengan el..hehe tp sebelum merasa kemanisan kena rasa kepahitan nya dulu..salute dengan watak ikram, mencintai tidak semestinya memiliki..

abis suda cite nie, best sangat-sangat..Banyak pengajaran yang tersirat kita dapat dari drama ini, bkn setakat nk tgk zain min ho & el je ;) 

p/s :: mencari-cari zain min ho saya semoga kekal ke hujung nyawa :)

Wednesday, February 6, 2013

mainan perasaan..

hati ini sudah penat dengan mainan perasaan...penat untuk mencari yang sempurna, tetapi jangan diharapkan kesempurnaan jika diri sendiri tidak begitu sempurna.

Bila hati sering terluka, perkara yg amat merisaukan ialah bila suatu ari nanti akan tertutup pintu hati ini untuk insan yg bernama lelaki.but for this moment, i still can endure all of it..dan semoga saya dapat bertahan hingga ke akhirnya.

Jika benar antara kami punya cinta.. hanya Dia Yang Maha Sempurna saja menentukannnya... biar la semuanya terjadi dengan takdir dariNya... bukan pengaruh nafsu... bukan pada rupa... bukan untuk harta dan bukan jua kerana usia... biarlah untuk Yang Esa...

Aku bertekad bukan kerana sudah sering terluka... tapi kerana hati ini sudah cukup terdera... sudah banyak dosa.. dan sangat2 memohon perlindungan dariNya...

Ya Allah... jika benar ada jodoh yang terbaik buat ku dalam ilmu Mu, temukanlah kami dalam keadaan diredhai Mu... janganlah kau berpalingkan hati ku untuk cinta pada yang salah... cinta kerana nafsu, cinta kerna dunia... sesungguhnya telah banyak dosa yang aku lakukan... bantulah hamba Mu ini Ya Allah...Ya Allah.. Engkau lah Tuhan sekalian alam... mencipta langit dan bumi.. yang mencipta Adam dan Hawa... dan mencipta setiap wanita untuk seorang suami... hanya kepada Kaulah aku berserah segala-galanya.... jauhkanlah aku dari dia yang jauh dari keredhaan Mu... yang bukan jodoh Terbaik untuk ku pada pengetahuan Mu.. tapi jika sebaliknya... hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui... Aminn.


p/s ::wahai kaum adam.. jangan bagi harapan kepada wanita jika anda tidak berniat utk memperisterikan nya.