Kita mampu merancang tapi ketentuan itu Allah yang tentukan. Apa-apa saja yang bukan rezeki kita, tetap tidak akan kita dapat. Wang di dalam poket hanya singgah seketika sahaja sebelum menuju destinasi lain. Makanan di dalam mulut juga boleh jatuh ke tanah dan menjadi rezeki makhluk lain. Kita redha dengan ketentuan Yang Maha Esa bahawa itu bukan rezeki kita. Barangkali itu hanya dugaan yang sangat kecil berbanding orang lain yang lebih hebat dugaan yang mendatang.
Tak perlu fikirkan sangat bende yang kita tak dapat, barangkali ada benda lebih baik menanti. Tapi jika sesuatu itu memang milik kita, lambat laun kita akan dapat jua. Sabar, doa, usaha, tawakkal. Sesungguhnya Allah tau apa yang terbaik untuk kita.
Bukan rezeki saya lagi untuk mendapat jawatan tetap di dalam sektor kerajaan, dan bukan rezeki saya lagi untuk b'tunang & b'kahwin :)



6 comments:
sesungguhnya perancangan ALLAH utk hambaNYA adalah yg terbaik...cuma akal kita tak terjangkau hikmahnya..salamkenal dari akka..follow sini
takpa..sabar ek. saya pun penah alami perasaan macam ni..memang ada rasa down. tapi bila pikir balik, Allah tak bagi lagi sebab Dia nak bagi yg lagi baik. :)
Redha dengan ketentuannya.. Mungkin rezeki lambat sikit kot...
Assalamualaikum wbth..
Semoga mendapat redha Allah swt...salam ukhuwah.
saya dah banyak kali kecewa..huhu.. tapi still berharap n berharap.mana tahu apa yang kita harapkan tak dapat tapi Allah dah rancang utk kita yg terbaik daripada yg kta harapkan.. jadi kena usaha + tawakal lagi..
Allah have better plan for you.
Allah knows everything =)
Post a Comment