CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 30, 2013

pilihan atau takdir ? #keliru

Sometimes, satu-satu perkara tu terjadi tanpa d'sangka & d'jangka oleh kita..

Tidak pasti dengan keputusan apa yang akan dibuat, masih tertanya-tanya pada diri sendiri apa yg terbaik.
Tidak pasti sama ada dia jodoh atau hanya dugaan, tapi aku tetap percaya kehadiran lelaki yang satu ini akan membawa suatu maksud dalam hidup aku. Sama ada baik atau sebaliknya, wallahualam. Aku tahu, mungkin kelihatan agak tergesa gesa. Maybe btl kata org, jodoh itu datang tanpa diduga. Yang penting kita berusaha untuk jadi yang terbaik. Kita hidup tak selamanya, dosa makin bertambah jika tak dihalang, pahala makin berkurang jika tidak dicari. Aku cuma mahu lelaki yang boleh membimbing aku ke jalan yang diredhai. Mungkin bercinta selepas kahwin bukan pilihan sebelum ini tetapi jika ditakdirkan sebegitu apakan daya untuk d'halang..

Hanya mampu berserah pada-Mu, Ya Allah. Jika benar dia jodohku, Kau rapatkan hatiku dengan hatinya ya Allah. Jika dia sekadar ujian untuk menguji aku ya Allah. Maka kau jauhkan hatiku dari hatinya. Kau rawat luka ku tatkala dia pergi kelak.Hidup satu teka teki, cinta satu silang kata, dan segalanya penuh jawapan yang tersirat. Sama ada kita boleh menerima jawapannya atau tidak, itu sudah ditakdirkan. 



note tambahan :: congratz to my bff masa zaman-zaman belajar dulu, cik dot yg telah b'tukar tittle puan dot ;) happy for u dot..semoga berbahagia ngan mullah hingga ke akhir hayat :)

6 comments:

Acik Riotaro said...

amin...
mudah2an..

jodoh itu rahsia Allah..

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Semoga yg terbaik buat kamu. Jgn berhenti berdoa dan trus berusaha yer. Jodoh itu telah pun ditetapkan...maka yakinlah bhw Allah lebh tau mana yg terbaek buat kamu. Jika kamu jumpa dgn someone yg menyenangkan kamu melihat, lega hati dan perasaan bila berinteraksi, maka yakinlah, mungkin itu jodoh kamu...Wallahua'lam.

Nana Liena said...

Jodoh rahsia ALlah..kadang2 Allah datangka kita orang yang mungkin kenangan lepas kita sebagai pengajaran dan pengalaman utk matangkan diri kita.. :)

teruskan brdoa inshaaAllah akan dipermudahkan..

tahniah utk kawan akak..hehe :)

mizmizza said...

thankz for ur advice guys..really appreciate it :)

Noor Mala Shahar said...

jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah...

Hafizah Alsa said...

kekeliruan atau takdir. aku juga pernah begitu. pernah ku tolak semati mati ku. tapi dia tetap datang menghampiri juga. tidak tahu dugaan itu mampu di tempuh atau tidak. berdoalah pada allah.