CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 29, 2013

are u ready to getting maried???

sekarang baru terasa banyak benda yang perlu diambil kira bagi membuat keputusan untuk berkahwin..semua sudut kena pandang, kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah..

-adakah saya sudah bersedia untuk melayani seorang suami?


-adakah saya sudah bersedia untuk mentaati seorang suami?


-adakah saya sudah bersedia untuk bekorban demi seorang suami?


-adakah saya sudah bersedia untuk berkongsi perasaan, harta dan kehidupan dengan seorang suami?


-adakah saya bersedia untuk mendahulukan keinginan suami melebihi diri sendiri dan keluarga sendiri?


-adakah saya bersedia untuk memaafkan dan bertolak ansur dengan seorang suami yang cuma manusia biasa, yang sering melakukan kesilapan?


-adakah saya bersedia untuk mendahulukan ibu mertua melebihi ibunya sendiri?


-adakah saya bersedia mengasihi ibu mertua dan sanggup bekorban demi beliau?


-adakah saya bersedia untuk menerima semua ahli keluarga suaminya yang tidak sempurna dan bersedia untuk bersabar serta bertolak ansur?


-adakah saya bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran?


-adakah saya bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penghayatan Islam?


-adakah saya bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya suaminya meminta saya berbuat demikian?


-adakah saya bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya anaknya lebih memerlukan perhatian?

::secara jujurnya saya masih rasa saya masih belum bersedia untuk berjauhan dari keluarga, apatah lagi untuk mendahulukan keluarga suami dari keluarga sendiri walaupun pada hakikat nya setiap kata-kata suami perlu dituruti kerana selepas berkahwin syurga seorang wanita berada di bawah telapak kaki suami..



2 comments:

PeRdU cINta said...

insyaAllah..yakin dengan kekuasaan Allah dan sentiasa berdoa mohon padaNYA..apa sahaja..redha..perkahwinan adalah sebuah perjanjian..perkongsian dan perjuangan..semuanya kerana Allah..apabila kebergantungan itu 100% padaNYA maka pertolonganNYA pun mudah menghampiri kita tatkala ditimpa ujian :)

Intan Zulhilmi said...

InsyaAllah, kena yakin dgn janji Allah... Allah takkan uji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya... saya bernikah pd usia 22 thn dn dpt anak prtama pd thn yg sama...kalau nak dikenang2 mmg byk pngalaman pahit dn manis...tp krn itulah mjd kekuatan utk saya skrg ni...im happy...bersyukur...